Header Ads

ads header

Flash News

Apabila Usia Menghambat Tun


Dalam kemeriahan rakyat jelata khasnya umat Melayu Islam mengalu-alu dan menyokong inisiatif kerjasama PAS dan Umno yang beragendakan perpaduan ummah tiba-tiba muncul Tun Dr Mahathir dengan analogi yang paling dangkal dan memalukan.

Benar puak yang paling goyang dan gementar apabila bersatunya dua kuasa politik Melayu terbesar di tanahair ini adalah musuh-musuh politik kedua parti.



Lim Guan Eng menganggapnya sebagai perisytiharan perang terhadap masyarakat bukan Melayu manakala Nga Kor Meng pula menghasut bahawa jika PAS-Umno berjaya maka Malaysia akan menjadi Negara Taliban.

Peliknya Tun menganggap kerjasama ini sebagai perkahwinan sejenis. Kenapa sampai begitu merapu dan songsang pandangan Tun terhadap kerjasama PAS- Umno ini?

PAS dan Umno dua buah parti politik yang persamaan terbesar mereka adalah keduanya parti yang dianggotai orang Melayu Islam. Menyatukan umat Islam adalah satu langkah terpuji dan dimuliakan Islam.

Mungkin Tun begitu terancam tambahan partinya sendiri baru kecundang di PRK Semenyih akibat kerjasama ini tetapi janganlah sampai menghina dan membikin analogi yang jijik dan memalukan ini.

Isu hubungan sejenis ini kita tahu adalah modal dan mainan Tun dan ia biasa beliau gunakan terhadap mereka yang mahu beliau singkirkan. PKR punya banyak pengalaman dalam hal ini. Tetapi penyatuan ummah mahu diumpakan bagai kawin sejenis bagi saya mencerminkan keletihan Tun angkara faktor usia yang tidak menyebelahinya.

Kepada para pengkritik seperti Tun, Guan Eng dan Kor Meng, teruskanlah adu-domba dan caci-maki kamu. Ia sedikit pun tidak mampu merencatkan bahang kebangkitan ummah ini.

Bermula dari Cameron Highlands, ia terus bergelombang di Semenyih dan insyallah akan memuncak di Rantau.

Umat Melayu Islam tidak rela maruah, nasib dan masa depan mereka ternoda di tangan para pengkhianat dan petualang.

Terima kasih Tun, masa depan ummah lebih kritikal dari analogi karut kamu..

ROSLAN SMS


MR :  Bila usia dah tua cara berfikir pun tidak lagi seperti dulu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tun sebenarnya iri hati dan takut kehilangan pengaroh . Manusia kalau cinta kan dunia ini lah penyakit yang melanda diri sendiri . Sudah sudah lah Tun cukup sampai disini .

    BalasPadam