Header Ads

ads header

Flash News

Tommy Thomas gagal menjawab soalan Tribunal SPR


1. Ketika perbicaraan Tribunal SPR pagi tadi, anggota panel Tribunal merujuk kepada perenggan 7 HUJAHAN BERTULIS Peguam Negara bahawa Tribunal ini tidak hanya terhad untuk mencadangkan pemecatan tetapi boleh juga mencadangkan apa2 rekomendasi lain kepada YDPA jika sah wujud salahlaku di kalangan anggota SPR berkenaan.

2. Panel kemudiannya merujukkan Peguam Negara kepada Perkara 114(3) di baca bersama Perkara 125(3) Perlembagaan yang menyatakan bahawa Tribunal ini hanya boleh mencadangkan 2 Perkara sahaja kepada YDPA iaitu samada untuk memecat atau tidak memecat mereka yg di tuduh.

3. Tiada mana2 perkataan dalam Kedua2 Perkara berkenaan yg menunjukkan Tribunal boleh membuat rekomendasi lain sepertimana yg di cadangkan oleh Peguam Negara dalam perenggan 7 HUJAHANnya.

4. Tommy Thomas mengambil masa 40 minit untuk berhujah menjawab soalan yg di kemukakan oleh panel Tribunal.

5. Berpusing2 HUJAHAN Tommy Thomas sehingga terpaksa beliau merujuk kepada kes Mahkamah Agung di negara Namibia yg di laporkan Prosecutor-General of Namibia V Gomes and others (2016) 2 LRC 270 yang menyatakan bahawa walaupun sesuatu kes telah menjadi akademik, Mahkamah tetap boleh membicarakannya.

6. Kemudian Tommy Thomas turut mengakui Tribunal ini adalah "master to his own prosedur". Tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Di Raja yg tertakluk prosedurnya kpd Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, Tribunal ini boleh membuat apa2 keputusan dan rekomendasi kpd YDPA krn tiada apa2 statut yg boleh menghalang rekomendasi berkenaan di buat.

7. Di pihak Peguam, kami tidak melihat hujah 40 minit Tommy Thomas itu menjawab soalan yg di kemukakan panel Tribunal terhadap beliau.

8. Tiba2 Tommy Thomas memaklumkan beliau perlu menghadiri satu tugasan penting di Putrajaya dan memohon sidang Tribunal di TANGGUHKAN jam 1.30 tengahari.

9. Jadi prosiding Tribunal tergantung di situ dan akan bersambung lagi di hari lain.

10. Sejujurnya saya tak rasa Tommy Thomas mempunyai aura sbg Peguam Negara Malaysia.

11. Mungkin Namibia lebih layak utk beliau.

Sekian terima kasih

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Peguambela & Peguamcara.

MR :  Tommy ini macam pimpinan PH juga cakap lebih kerja out..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan