Header Ads

ads header

Flash News

Untuk dapatkan sokongan PAS, PH terdesak sebar surat fitnah


Sudah masuk ‘gear kelima’, begitulah gambaran suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang semakin agresif berkempen dalam usaha menawan hati pengundi.

Hanya berbaki dua hari sebelum pengundian Sabtu ini, di kiri kanan jalan sekitar DUN Semenyih perang poster dan bendera parti memeriahkan lagi suasana kempen, ditambah dengan kenderaan melaungkan pujukan untuk mengundi mereka dengan menggunakan pembesar suara.

Beberapa penganalisis politik berkata, BN mungkin sekali lagi akan berjaya mengalahkan BERSATU (PH) untuk pilihan raya kecil ini, setelah mengalah DAP (PH) sebelum ini di PRK Cameron. Kemenangan kali ini akan membuatkan UMNO akan menjadi lebih stabil dan kuat kerana mereka boleh mengalahkan BERSATU. Ini amat di takuti oleh PH, terutamanya Tun Mahathir sendiri. Pasal itu Mahathir di lihat sangat terdesak dalam beberapa tindakannya termasuk membuat kenyataan bohong tentang pertemuan dengan PAS.


PAS telah menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti Islam itu tidak akan menyokong Umno pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sudah turun untuk membantu jentera Umno berkempen di PRK Semenyih.

Kenyataan ini dtegaskan lagi oleh beberapa pimpinan PAS.

“Objektif kerjasama itu (dengan Umno) diteruskan sebab baru-baru ini penamaan calon pimpinan tertinggi PAS seperti Naib Presiden (Idris Ahmad) dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan telah turun dalam penamaan calon bersama Umno di PRK Semenyih.

“Kita tak ada masalah dari segi kerjasama, bahkan pendirian kita akan kerjasama dengan mana-mana pihak demi mempertahankan agama Islam dan kedudukan Islam di Malaysia,” katanya.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata akan berusaha mengekalkan sokongan pada parti itu dalam pilihan raya umum lalu bagi membantu Umno.
“Fokus kita nak dapatkan 6,966 undi yang kita peroleh pada PRU lalu melalui calon kita akan dapat kita dapat kita bekalkan (kepada calon Umno) dan tambah dan cari 20 peratus undi (lain).

“Jentera akan turun seluruhnya" tegas beliau.


Macam sebelum ini PH menang dan memerintah dengan fitnah, maka surat fitnah kononnya Ketua Pemuda PAS minta pengundi PAS sokong BERSATU (PH) disebar menjelang 2 hari sebelum PRK Semenyih.

Ini sangat jelas bahawa PH memerlukan sokongan PAS. Anwar Ibrahim juga membuat fitnah dengan harapan penyokong PAS akan menolak PAS.

Kerja-kerja jahat ini lagi malang apabila disebar meleuas dalam group pertubuhan IKRAM. Malang mereka ini, solat, zakat dan buat kebajikan tapi dalam masa yang sama menjadi pengedar fitnah. Sudah sampai masa sesiapa yang sebelum ini merasai IKRAM tempat untuk kita mendekati diri kepada Allah menjauhkan diri daripada IKRAM. Kalau tak nak masuk PAS, carilah pertubuhan lain misalnya ISMA atau HALUAN.









Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Hari jumaat yang mulia ini, jom kita pakat2 tambah dosa.Jom pakat fitnah.Fitnah tu makanan lumayan untuk tuaian hari akhirat. kalu tak fitnah,hidup tak bahgia.Jadikan fitnah sebagai jariah,melalui pelbagai media.Nak masuk kubur nanti minta DAp yang solat jenazah yer

    BalasPadam