Header Ads

ads header

Flash News

Dr M banding status Zakir Naik dengan permohonan ekstradisi Sirul


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membandingkan status Zakir Naik dengan permohonan Malaysia terhadap Australia berkenaan ekstradisi Sirul Azhar Umar, yang disabit atas kesalahan bunuh.

"Sebelum kita terima (permohonan) ekstradisi (dari India), kita perlu tahu apa yang akan berlaku kepada (individu) yang diekstradisi.

"Umpamanya kita mempunyai seorang banduan (Sirul) yang lari ke Australia. Kita minta Australia hantar balik tetapi Australia kata kalau (Sirul) dihantar balik, dia akan kena gantung. Sampai sekarang Australia tak setuju (untuk ekstradisi Sirul).

"Kita juga berhak untuk menentukan orang yang kita hantar balik itu mendapat kehakiman yang adil," katanya kepada pemberita, di Melaka hari ini.

Sirul yang kini berada di pusat tahanan imigresen di Melbourne, melarikan diri selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya pada 2013.

Mahkamah Persekutuan kemudian membatalkan keputusan itu dan mengekalkan sabitan terhadap Sirul dan Azilah Hadri.

Kedua-duanya dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya berkenaan laporan bahawa Direktorat Penguatkuasaan India (ED) akan mendapatkan waran tangkap terhadap Zakir dan individu lain dalam perbicaraan yang sedang didengar oleh mahkamah khas di Mumbai di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2002.

Menurut laporan itu, mahkamah Mumbai akan memutuskan sama ada waran tangkap tanpa jaminan perlu dikeluarkan terhadap Zakir ketika pendengaran seterusnya yang dijadual 19 Jun ini.

ED kemudian akan memohon notis merah Interpol terhadap pendakwah kontroversi itu, serta ekstradisi oleh Malysia selepas mendapat waran tersebut.

Zakir mendakwa tuduhan terhadapnya sebagai palsu dan kini berstatus penduduk tetap di Malaysia.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Rejim India yang dipimpin oleh pelampau-pelampau hindu bersikap rasis melampau terhadap agama Islam dan umat Islam di India. Bahkan pemimpin-pemimpin hindu ini telah menjadi dalang dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam di Gujerat, Kashmir dll.

    Jika kerajaan PH menyerahkan pendakwah Islam Dr Zakir Naik kepada rejim hindu India, maka ini bererti kerajaan PH bersekongkol dengan rejim hindu menzalimi pendakwah Islam Dr Zakir Naik.

    BalasPadam