Header Ads

ads header

Flash News

Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa letak jawatan


Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tetap menyeru orang ramai menandatangani petisyen menggesa Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam berkata pelantikan itu muktamad.

"Pakatan Harapan telah beri komitmen untuk pelantikan Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen.

"Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi.

"Isu ini lebih besar daripada Latheefa tetapi tekad reformasi yang kita janjikan kepada rakyat," kata Nik Nazmi yang juga merupakan ahli parlimen Setiawangsa.

Selain Nik Nazmi, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew sebelum ini turut menandatangani petisyen sama.

Setakat 12.17 tengah hari ketika berita ini ditulis, petisyen berkenaan mencecah 5,580 penandatangan.



Sementara itu, setakat berita ini ditulis, petisyen berasingan yang menyokong pelantikan Latheefa, mendapat jumlah tandatangan yang lebih banyak iaitu 10,887.

Pengkritik pelantikan Latheefa rata-rata bersetuju perwatakan tegas peguam itu sesuai bagi menggalas tugas berkenaan, namun mempersoalkan latar belakang beliau sebagai bekas ahli PKR yang pernah memegang jawatan dalam parti.

Selain itu, pengkritik juga mempersoalkan cara pemilihan Latheefa yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tanpa berbincang dengan kabinet atau melalui Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen bagi Pelantikan Jawatan Awam Utama.

Nik Nazmi sebelum ini menyifatkan cara pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak selari dengan janji yang dibuat PH dalam manifesto pilihan raya untuk memastikan SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukan lagi kepada perdana menteri.

Dr Mahathir semalam berkata pelantikan Latheefa adalah muktamad.

Bagaimanapun, pengerusi PH itu berkata, Presiden PKR Anwar Ibrahim - yang meminta beliau menjawab kritikan berhubung pelantikan berkenaan - berhak mendapatkan penjelasan.

Latheefa dilantik bagi jawatan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi kontrak selama dua tahun.Pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan itu sebelum ini, Mohd Shukri Abdull memohon perkhidmatannya dipendekkan.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan