Header Ads

ads header

Flash News

Bekas exco didakwa cabul, 1,750 ahli umum keluar parti


SUNGAI PETANI, 29 Sept — Seorang pemimpin Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) negeri ini didakwa mencabul bekas ahli wanita parti itu.

Perkara itu didedahkan oleh bekas ketua penyelaras Putra Kulim dan Bandar Baharu, Datuk Noridan Spee Yee dalam satu sidang media malam tadi seperti dilapor Berita Harian.

Menurutnya, kejadian berlaku 9 Ogos lalu kira-kira jam 8.30 malam, pemimpin yang juga bekas ahli majlis mesyarat kerajaan negeri (exco) itu didakwa menelefon wanita terbabit (masih ahli Putra) memaklumkan ingin menjemputnya keluar untuk urusan parti.

Beliau dikatakan membawa wanita itu ke lokasi lain dan cuba melakukan perbuatan tidak senonoh.

Tambah Noridan, wanita berkenaan membuat laporan polis kelmarin selepas masalah itu gagal diselesaikan di peringkat dalaman parti.

Malah Noridan mendakwa dirinya pula dituduh cuba memecah belah parti berusia tidak sampai enam bulan itu apabila beliau membantu wanita berkenaan menyelesaikan masalah tersebut.

“Sepatutnya isu ini sudah selesai lebih awal apabila pemimpin berkenaan mengakui perbuatan yang dilakukannya itu di hadapan saya dan juga dua saksi yang lain.

“Namun, Khamis lalu, beliau mendakwa kami berbohong dan cuba memburukkan dirinya manakala parti di peringkat pusat pula meminta kami mengemukakan bukti sekiranya ingin mengambil tindakan terhadap beliau,” kata Noridan.

Kesal tindakan parti yang tidak memandang serius isu berkenaan, Noridan bersama kira-kira 1,750 ahli Putra Kulim dan Bandar Baharu serta bahagian Jerai mengumumkan keluar parti.

Kata Noridan, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan suspek akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

Setakat ini pihaknya telah merakam percakapan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” kata Adzli.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: