Header Ads

ads header

Flash News

CAP gesa BNM hentikan bank 'cekik darah' pelanggan


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Bank Negara menyekat caj bayaran transaksi sebanyak 50sen yang dikenakan bank bagi mesin deposit tunai (CDM) dan RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter yang disifatkan "mencekik darah pelanggan".

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Bank Negara mengenai perkara itu, namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan.

"Bank mestilah tidak dibenarkan untuk mengambil untung lebih daripada pelanggan dengan melaksanakan 'dasar yang tidak adil'," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta agar Bank Negara segera menghentikan tindalan bank tempatan daripada terus "mencekik darah pelanggan" memandangkan mereka sudah mengaut keuntungan berbilion ringgit.

CAP berkata bank tertentu dilaporkan telah mengumumkan caj tersebut bermula 1 Oktober depan dan pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu pada Mei lalu.

Semalam, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim mengajak orang ramai membantah tindakan beberapa bank yang mengenakan caj perkhidmatan di kaunter dan mesin CDM bagi pembayaran bil kad kredit.

Katanya, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.

Sementara itu, Mohideen berkata, beliau dimaklumkan ada bank memaklumkan ia dasar baru dan pelanggan yang enggan perlu memilih perbankan dalam talian.

“Kami menulis kepada BNM untuk menyatakan bantahan serta mempersoalkan kenapa mereka membenarkan bayaran ini.

"Kegagalan (Bank Negara) memberi jawapan membawa maksud persetujuan secara diam-diam terhadap dasar baru bank itu," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan