Header Ads

ads header

Flash News

PAS Bantah GST ada alternatif, PH Bantah bodoh aje..


1) PAS dulu pun bantah GST. Katanya GST menzalimi orang miskin dan tidak syar'ei. Lalu PAS mahu strukturkan semula sistem percukaian menggantikan GST dengan memperkenalkan cukai yang lebih efektif tanpa menzalimi orang miskin. Lalu dicadangkan cukai korporat, cukai keuntungan saham serta cukai atas untung syarikat. Sehingga hari ini, cadangan PAS masih lagi dianggap teori kerana belum dibukti.

2) Tawaran yang pelik dan populis datang daripada PH. PH bantah GST, tetapi tiada cadangan sistem percukaian baharu yang efektif. Memansuhkan GST tanpa ada perancangan sistem percukaian yang lebih baik, menyebabkan SST menjadi pilihan. Berpatah balik kepada SST adalah kurang efektif kerana banyak tauke-tauke korporat dan syarikat mengelat daripada membayar cukai. Kerajaan rugi.

3) BN perkenalkan GST umpama bunga yang mekar. PH burukkan GST seolah-olah tahi. Tidak lama lagi, naratif tahi akan diolah sebagai baja. Kemudian baja itu menyuburkan pokok bunga. Kemudian bunga mekar kembali. Welcome back GST.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan