Header Ads

ads header

Flash News

Pengundi Melayu tidak lagi boikot calon Cina BN


KUKUP: Selepas empat hari berkempen, pengundi Melayu tidak lagi memboikot calon Cina, sebaliknya memfokuskan kepada parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

Pengundi yang ditemui FMT di Penerok, Kukup berkata mereka berpuas hati dengan penerangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang meyakinkan pengundi untuk menyokong parti itu kembali berbanding penerangan pimpinan Pakatan Harapan.

Penduduk tempatan, Azman Mohamad berkata dia boleh menerima Wee Jeck Seng sebagai calon BN di Tanjung Piai.

“Alhamdulilah, kita boleh terima dengan seadanya dan kita rasa Wee boleh menang.


Azman Mohamad.
“InshaAllah boleh dapat undi. Pengundi di sini sudah mendapat keyakinan semula setelah mendengar penerangan daripada pimpinan BN termasuk Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan,” katanya.

Azman, 49, yang bekerja sebagai peniaga air tebu berkata penerangan pimpinan BN seperti memberi motivasi kepada pengundi Melayu di sini.

Katanya, dia juga merasa selamat di bawah pimpinan BN berbanding PH, lebih-lebih lagi selepas penyatuan ummah dengan PAS.

“Calon Cina kita dah tak lihat, tetapi kita lihat pada lambang parti. Alhamdulilah boleh terima Wee.

“Saya rasa kalau PH perintah, kucar-kacir negara,” katanya.

Parlimen Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi yang terdiri daripada 57% Melayu, diikuti Cina (42%) dan India (1%).

PRK kali ini menyaksikan persaingan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.

BN mempertaruhkan Wee dari MCA, sementara calon PH ialah Karmaine Sardini dari PPBM.


Zamri Abdul Jaafar.
Seorang lagi penduduk, Zamri Abdul Jaafar berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang walaupun mengakui pada mulanya ada isu mahu memboikot Wee.

Zamri, 52, bagaimanapun berkata pada masa ini apa lebih penting rakyat mahu perubahan dan pengundi Melayu mahu membawa semangat kemenangan PRK sebelum ini di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau ke Tanjung Piai.

“Rata-rata pengundi mahukan perubahan di Tanjung Piai. InshaAllah peratusan berdasarkan makluman orang ramai kita lihat positif untuk calon BN,” katanya.

Zamri yang meniaga barangan kecantikan berkata gelombang pengundi terpengaruh janji PH pada PRU14 juga sudah tidak ada.

Beliau berkata rata-rata pengundi tidak mahu tertipu lagi dengan PH dan golongan muda juga sudah sedar.

“Dua penggal masa Wee jadi ahli Parlimen dia bertanggungjawab jaga kita dengan baik walaupun bangsa Cina dan bukan seagama dengan kita.

“Kekalahan kita sebab gelombang janji manifesto PH dan hasad dengki,” katanya.

Sementara itu, Zambere Jamaat berkata isu boikot calon Cina hanya salah faham dan berkata pengundi Melayu sudah matang.


Zambere Jamaat.
Zambere, 50, memberi jaminan pengundi Melayu tidak termakan janji kosong PH.

“Kekalahan PRU lepas sebab PH guna janji kosong terutama kepada anak muda. Mereka tertipu misalnya PH janji nak beri tol percuma, tetapi tidak ada,” katanya.

Zambere yang bekerja sebagai nelayan dan pekebun kecil juga tidak menolak pengundi Cina yang mengundi PH sudah tidak sama seperti PRU14.

“PH kalau berani tunaikan manifesto anda dan isu-isu nelayan diselesaikan, bukan hanya PRK beri peruntukan macam-macam.

“Kata negara tidak ada duit, selepas penyandang kerusi Md Farid Md Rafik meninggal baru macam-macam peruntukan lulus. Percayalah dia janji sahaja, dah menang nanti belum tentu PH tunaikan janji,” katanya.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Sebenarnya,,pas dan umno sudah melakukan kesilapan yg amat besar. Dengan memilih mca kafir jadi calon.
    Pertama,,perkara ini bertentangan dgn matlamat utama piagam penyatuan ummah pas dan umno. Betul,,piagam ini terangkum pemuafakatan nasional iaitu tidak menzalimi kaum lain. Tetapi, matlamat utama ialah memartabatkan melayu dan islam,,jika mca kafir dipilih calon di kawasan majoriti melayu,,di mana nak memertabatkan melayu dan islamnya? maka ini satu kesilapan yg ditertawakan ph dan rakyat.
    Kedua,,,banyak ayat2 alquran yg jelas melarang memilih pemimpin dari kalangan org kafir, kecuali terpaksa. Tiada keterpaksaan disini. Adapun majlis syura pas,,,jgn ambik kisah dgn depa ni,,depa cari alasan untuk menghalalkan tindakan mereka saja.Mana lebih kita pakai,,adakah alquran yg ianya adalah wahyu, atau ijtihad manusia? Sudah tentu kita ambil wahyu. Flip flop pas ni,menjual agama demi kepentingan parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab...ko tu Bongok!!!

      Padam
    2. Wahai Tanpa Nama 12:01. PAS merasakan bahawa MCA dalam kedudukan perwakilan di peringkat parlimen hanya mempunyai seorang wakil saja. Jelas ia bukanlah sebuah parti yang berkedudukan kepimpinan dalam Muafakat Nasional dan oleh kerana keadaan sedemekian MCA akan menjadi satu jalan alur untuk PAS mendekati masyarakat kaum Cina untuk mengenalikan Islam Pentadbiran dan bukan sahaja Islam Mesjid. PAS ni satu pertubuhan yang menggunakan platform politik untuk berdakwah bukannya sebaliknya.

      Padam
  2. Saudara 12.01 saya rasa anda masih dikongkong dalam tempurung.Kena mengaji banyak lagi bab memilih kepimpinan.Memilih bukan Islam bukan dilarang mutlak dan pimpinan PAS selalunya tengok kepada sandaran agama serta strategi politik yang masih dibenarkan. Tengok kemaslahatan dalam hal memilih pimpinan. Memilih Jeck bukan merubah kerajaan pun dan bukan bermakna ada pemaufakana Melayu Islam, maka kita kena tolak seratus peratus bukan Islam.Kebijaksanaan perlu ada selagi ia tidak membawa kepada kemungkaran. Saudara perlu belajar banyak lagi hal kepimpinan. Jangan ikut telatah pemimpin PAN yang bising apabila DAP disentuh tetapi membisu apabila Islam dipersendakan.

    BalasPadam
  3. Apa yg belajar dari kepumoinan pas dari kecil ialah :
    - pimpinan pas menyemai semangat membenci dan memusuhi org umno.
    - ada di kalangan pimpinan pas yg tanpa segan silu menggunakan ayat al quran dan mentafsirnya mengikut kesesuai politik pas.
    - pas sahaja yg perjuangkan islam di makaysia, siapa tida bersama pas, islamnya tak tepat seoertimana org2 pas.
    - org2 pas pantang no 1 mereka ialah,,menegur pemimpin mereka. Seolah2 mereka adalah maksum.
    - bagi org2 pas,,majlis syura mereka adalah seperti maksum,,,mesti betul semua keputusan. Padahal, jelas,,msu pas salah ijtihad mereka ( itu pun jika benar2 ahli msu pas bertaraf mujtahid,,dan utk makluman,,sekurang2 mujtahid,,hafaz quran,,beribu2 hadis nabawi, beribu2 syair arab ,,ada ka org mcmni dlm msu pas? ) setuju tahaluf dgn kafir harbi dap. Padahal, org yg dok sembang di kedai kopi pun tahu pas salah bertahaluf dgn kafir dan meninggalkan umno yg satu akidah.
    Banyak lagi la aku boleh tulis,,nanti korang panas telinga pulak...hi hi...kita org pas,,ikut la perintah alquran dan hadis yg menyuruh kita berhujjah dgn fakta....

    BalasPadam
  4. 9.30ptg.Awak kena ngaji banyak lagi.Sapo ajar mu gitu.Mu amik hujah orang yang pendek akal. Nak harap sapa pejuang Islam di malaysia? PAN? Yang kafir dalam DAP hina Nabi, puak PAN tak kata apa. Presiden PAS Mat Sabu?- anakpun makan ganja didisko. Nak harap Husam dengan fitnah 90 juta? Anakpun kena tangap jual pil kuda tepi rumah. Ada pemimpin tertinggi PAS yang ada anak macam tu.Bukan Takbur tapi hakikat apabila banyak fitnah orang, Allah bayar tunai didunia.

    BalasPadam
  5. Bezanya antara PH dan BN memerintah adalah orang melayu jadi patong bila PH berkuasa sebalik BN org bumi putera berkuasa . Mudah nak fahamkan

    BalasPadam
  6. 15k sebab jual agama bebaloi laa...

    BalasPadam