Isu rakaman suara Najib pulak dah
Saya telah mendengar sehingga habis kesemua 9 rakaman perbualan
antara DSN dan figur2 tertentu yang didedahkan dalam sidang media tadi.
Tulisan ini adalah dengan anggapan bahawa semua perbualan itu tulen:
1.
Semua perbualan tersebut hanya melibatkan perbincangan dan pendapat
bagi menyelesaikan masalah. Satu-satunya yang mungkin bermasalah adalah
pengakuan DSN bahawa beliau telah menandatangani perlantikan KP SPRM
yang baru TS Dzulkifli. Tapi semua orang dah tahu kisah ini dan ia bukan
konspirasi pun
2. Paling mengejutkan adalah
pendedahan perbualan antara DSN dan Syeikh Mohammed Zayed Al Nahyan. Ia
merupakan satu pencerobohon dan kebiadapan terhadap sebuah pemimpin
negara luar yang tidak sepatutnya berlaku. Bear in mind, Syeikh Mohammed
bukan sahaja Putera Mahkota UAE, tetapi beliau juga adalah Timbalan
Panglima Angkatan Tentera negara tersebut.
Betapa
berpengaruhnya beliau sehinggakan The New York Times telah menamakan
Syeikh Mohammed sebagai 'The Most Powerful Arab Ruler' pada tahun lepas.
Soalan,
adakah berbaloi kita memalukan DSN dalam keadaan merisikokan hubungan
diplomatik dengan negara luar? Pemimpin negara mana lagi akan percaya
terhadap integriti pihak berkuasa negara kita lagi selepas ini?
Tak pakai otak ke?
3.
Tiada perbualan dengan Jho Low walaupun PH sebelum ini mengatakan
beliau adalah mata dan telinga DSN dalam perbuatan jenayah.
4.
Pendedahan ini merosakkan keyakinan rakyat kepada institusi
penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dilihat tidak berpihak.
Bagaimana sebuah suruhanjaya yang sepatutnya menegakkan keadilan untuk
semua menjadi begitu mudah menyebarkan bukti kepada awam tanpa sebarang
konklusi konkrit. Tak munasabah awak dedah kemudian awak nak kami buat
kesimpulan sendiri.
Mana kebertanggungjawaban anda terhadap maklumat dan bukti jenayah?
5.
Pendedahan ini akan lebih merosakkan PH daripada menghancurkan DSN.
Rakyat akan melihat PH terdesak selepas kegagalan impeachment dan SD
Azilah bagi memalukan musuh. Timing pendedahan yang hampir dengan PRK
Kimanis hanya menambah syak bahawa ia bermotif politik
Rakyat
akan melihat bahawa ini hanya semata mata cubaan untuk menutup
kegagalan. Kerana jika ia sebenar-benar bukti, PH sudah lama akan
membawa ia ke mahkamah untuk mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut.
Rakyat benci. Negara luar benci.
Begitulah nasib PH. Mereka sedang membunuh diri sendiri.
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Taman Semarak, Kuala Terengganu
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
APA..?
BalasPadamSi Luncai terjun dengan labu-labunya..?
Biarkan...biarkann...
Pelik aku rasa dengan perangai barua najib ni... Walaupun dia menyamun tapi tetap disokong... Ramai lagi pemimpin dalam umno yang ikut ajaran islam yang sebenarnya di pinggirkan pulak.. Apo nak dikato dah nama pun barua najib..
BalasPadamSemakin najib ditindas semakin kuat sokongan rakyat kepadanya.Bagi kami org Islam ini adalah ketentuan Ilahi.
PadamSalagi x sabit kesalah nya oleh mkh salagi itu lah x besalah.
BalasPadamSalam rakaman video ini dimana sebenar nya kesalahan yg Najib lakukan tiada pun kedengaran perbincangan antara Najib dan Jho low.maka nya jgn salah menilai selagi mahkamah x sabith kan kesalahan maka selagi itu lah Najib x bersalah
BalasPadamIbarat jemput makan kenduri rupanya Tipah koyak jemput semua wartawan nak umumkan perkara pasal rakaman DSNajib,
BalasPadamKenapalah yg.jadibodoh sangat nak membuka aib orang,kau rasa kau hebatlah atas dunia ni?ingat siapa yang lebih hebat...iaitu Allah SWT akan membuka aib awak suatu hari nanti, itupun kalau Tipah percaya bahawa adanya Allah SWT dan juga percaya bahawa mati itu pasti akan menjemputmu bukannya jemput mcm mana kau lakukan pada DSNajib Insyaallah