Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini membidas kenyataan
pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa Umno dan PAS tidak pernah
meletakkan syarat "tanpa DAP" dalam pembentukan kerajaan perpaduan.
Najib dalam satu tulisan ringkas di Facebook hari ini berkata, jika benar dakwaan itu mengapa Bersatu perlu meninggalkan PH.
"Jika
memang niat dari dulunya ialah untuk membentuk kerajaan perpaduan
bersama DAP, kenapa pulak PPBM (Bersatu) perlu keluar dari PH?
"Sebab apa? Jawablah," tulis Najib mengulas kemelut politik yang melanda negara ketika ini.
Sebaliknya, kata Najib pemimpin PH yang mengajak pembangkang
berunding selepas melihat sokongan rakyat dan kemudiannya menukar syarat
perbincangan pada saat-saat akhir.
"Korang (kamu) yang
minta kita berunding setelah sokongan Rakyat kepada PH semakin merudum.
Korang pulak yang tukar syarat pada saat-saat terakhir.
"Dan korang juga yang berbohong dan memfitnah kita sekarang setelah kami menolak?" katanya.
Kemelut
politik negara yang menyaksikan kerajaan PH runtuh bermula apabila
Bersatu mengambil keputusan keluar pakatan itu Ahad lalu.
Ia
kemudiannya disusuli dengan 11 anggota Parlimen PKR diketuai bekas
timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertindak keluar parti.
Keesokannya,
Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan meletak jawatan sebagai perdana
menteri dan pengerusi Bersatu sebelum dilantik semula sebagai perdana
menteri sementara.
Krisis itu menyaksikan pemimpin parti itu,
Umno, PAS, GPS dan Warisan menyatakan sokongan kepada perdana menteri
untuk terus kekal memimpin negara.
Turut berbuat demikian adalah pemimpin parti-parti komponen PH.
Semalam,
Umno dan PAS melalui setiausaha agung masing-masing menarik balik
sokongan kepada Dr Mahathir atas alasan kerajaan baru yang cuba dibentuk
itu turut akan disertai DAP.
Rentetan keputusan Umno dan PAS itu
dakwa Najib, pemimpin PH menjaja cerita kononnya niat untuk membentuk
kerajaan perpaduan bermula dari dulu lagi.
Mengulas
lanjut, Najib mendakwa pemimpin PH menjaja cerita kononnya Umno dan PAS
menarik balik sokongan apabila kes-kes dakwaan di mahkamah yang
membabitkan pemimpin parti itu akan diteruskan.
"Bahawa rundingan dengan Umno/PAS tidak pernah berbincang syarat DAP tidak akan ada dalam kerajaan baru.
"Bahawa
Umno dan PAS hanya tarik balik sokongan terhadap PM ke-7 setelah
kononnya diberitahu bahawa kes-kes pemimpin-pemimpin Umno tidak akan
dihentikan bukan kerana DAP," katanya.
MR : Puak PH ni kalau nak dengar kenyataan dia orang tunggu habis siaran... Kalau dengar pukul 9 malam.. nanti 12 malam cakap lain pula.
Ph ni dari dulu memang suka mengkambing hitamkan orang lain atas kesalahan sendiri. Moga rakyat sedar permainan wayang yang dimainkan mereka insyaAllah.
Apa-apa yang tersiar didalam blog ini adalah pendapat penulis/pengirim dan tidak semestinya mewakili pandangan dan pemdapat kami pengendali blog ini.Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tulisan dan komen penulisa/pembaca. Semuanya adalah pandangan peribadi penulis/pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami pengendali blog ini.
bubar2 l parlimen. biar rakyat buat keputusan
BalasPadamPh ni dari dulu memang suka mengkambing hitamkan orang lain atas kesalahan sendiri. Moga rakyat sedar permainan wayang yang dimainkan mereka insyaAllah.
BalasPadam