Header Ads

ads header

Flash News

123 kes baru hari ini, Jumlah keseluruhan 1,306 kes dan kematian 10


Hanya beberapa jam selepas kes kematian kesembilan dilaporkan hari ini, Malaysia mencatat kes kematian kesepuluh akibat jangkitan Covid-19, petang ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kematian kesepuluh adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun.

Korban terbaru itu merupakan pesakit kes ke-259 dan mempunyai kaitan dengan kluster tabligh.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac 2020 setelah mengalami simptom pada 8 Mac 2020.

"Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.05petang, 22 Mac 2020," kata Noor Hisham dalam kenyataan medianya petang ini.

Dalam perkembangan sama, setakat tengah hari tadi, terdapat 123 kes baru yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,306 kes.

Hari ini merupakan hari kelapan peningkatan kes harian melebihi 100 orang.

Jelas Noor Hisham, berdasarkan siasatan awal, daripada 123 kes baru yang dilaporkan hari ini, sebanyak 74 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Seri Petaling, di Kulala Lumpur pada hujung bulan lalu.

Sebanyak 49 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

Sementara itu, sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 22 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, setakat ini, seramai 460 orang anggota KKM yang telah menjalani saringan pengesanan Covid-19.

Daripada jumlah tersebut, 270 adalah didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan.






MR :  Tahap makin meningkat..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan