Header Ads

Header ADS

SPRM terima laporan dakwa Tun Daim rasuah


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Laporan itu dikatakan berhubung pemberian kontrak membabitkan rundingan semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Bakri, ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya mengesahkan menerima satu laporan berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat tambahan ketika ini,” katanya.

Difahamkan laporan terhadap bekas menteri kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sebelum ini, kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memaklumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion akan dilaksana dan dilancarkan semula pada 25 Julai tahun lalu.

----

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima laporan mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan projek Rangkaian Landasan Kereta Api Pantai Timur Rel (ECRL) yang dilancarkan semula.

Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan perkara itu.

Azam bagaimanapun menafikan laporan berita yang memetiknya sebagai mengesahkan penyiasatan sedang dijalankan terhadap seorang ahli politik kanan yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

"Saya cuma mengesahkan bahawa SPRM menerima laporan mengenai isu ECRL.

"Tetapi saya tidak pernah menyebut mana-mana orang," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa identiti mereka tidak dapat didedahkan kerana SPRM belum memulakan siasatan.

Azam juga berkata SPRM akan meneliti laporan mengenai ECRL sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan siasatan lanjut.

Malaysiakini difahamkan bahawa laporan SPRM dibuat oleh pemimpin NGO Ab Jalil Backer atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghidupkan semula projek bernilai bilion dolar itu.

PH berjaya mengurangkan kos projek ECRL kepada RM44 bilion, iaitu RM21.5 bilion lebih murah daripada kos asalnya yang dilaporkan sebanyak RM65.5 bilion seperti yang pertama kali dipersetujui pada bulan Oktober 2016 di bawah pentadbiran BN yang ketika itu diterajui Najib Razak.

Pentadbiran PH sebelum ini menggantung pembinaan projek-projek mega termasuk ECRL, sementara menunggu rundingan semula menurunkan kosnya.

Pada 12 April 2019, di Beijing, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) menandatangani satu perjanjian tambahan untuk menyambung semula projek ECRL yang digantung, dengan kos lebih rendah.

Projek itu dilancarkan semula oleh menteri pengangkutan ketika itu, Anthony Loke pada Julai tahun lalu, hampir setahun selepas ia ditangguhkan.

Pada bulan Februari, Loke dilaporkan berkata projek itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2026 dan beroperasi pada awal 2027.

Penjajaran ECRL yang baru kini dipendekkan sejauh 40km dari 688km kepada 648km - dari Kota Bahru di Kelantan dan merentansi kawasan ke selatan melalui Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi, Kajang, Putrajaya, dan berakhir di Pelabuhan Klang.



MR :  Tunggu covid-19 selesai, kita tangkap seorang-seorang geng ini pulak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. MR : Tunggu covid-19 selesai, kita tangkap seorang-seorang geng ini pulak.

    Jawapan : Sangat setuju.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.