Header Ads

ads header

Flash News

Azalina dijangka ganti Nga sebagai timbalan speaker, Mohamad Ariff Md Yusof kekal


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mencalonkan Anggota Parlimen Pengerang Azalina Othman Said untuk menggantikan Nga Kor Ming sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, menurut laporan Sin Chew Daily.

Laporan itu memetik sumber dari Umno sebagai berkata, Azalina telah dimaklumkan berkenaan perkara itu oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Apabila Sin Chew Daily menghubungi Azalina untuk mengulas perkara itu, bekas menteri itu berkata masih awal untuk mengulasnya memandangkan jadual sidang Parlimen masih belum menentu.

Laporan itu juga berkata, kerajaan bagaimanapun tidak kelihatan akan menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof buat masa ini.



Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Ariff dahulu merupakan anggota PAS sebelum menyertai Amanah. Beliau keluar parti itu selepas menerima pelantikan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Ariff dianggap sebagai "orang PH", sumber yang tidak dinamakan itu berkata kerajaan pada masa ini tidak akan menyingkirkannya.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menolak kemungkinan Ariff barangkali tidak akan memegang jawatan itu sehingga tamat penggal ini.

"(Bagaimanapun) ia tidak berlaku dalam sidang seterusnya," katanya lagi.



PN juga dilaporkan mahu mengekalkan Anggota Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon sebagai timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Rashid adalah antara anggota parlimen PKR yang menyertai Bersatu, yang kemudiannya keluar PH untuk membentuk kerajaan baru.

Parlimen dijadual bersidang pada 18 Mei ini, dengan antara perkara yang akan dilakukan adalah pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk pakej rangsangan ekonomi susulan wabak Covid-19.

Sejak membentuk kerajaan, PN dilihat giat mengantikan lantikan politik oleh kerajaan PH.

Apabila dihubungi, Nga berkata dia akan meneruskan tugasnya selagi belum ada apa-apa keputusan baru oleh Parlimen.


MR :  Mana-mana yang menyusahkan perlu diganti yang ok kekal dulu sehingga satu masa..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: