Header Ads

ads header

Flash News

India sedia jual ubat anti-malaria kepada Malaysia rawat pesakit Covid-19


NEW DELHI: India bersetuju menjual tablet hydroxychloroquine kepada Malaysia untuk digunakan dalam rawatan pesakit Covid-19, kata seorang menteri kepada Reuters hari ini, selepas New Delhi menarik balik larangan mengeksport ubat anti-malaria itu.

India pengeluar hydroxychloroquine terbesar di dunia, penjualannya melambung tinggi di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, terutama setelah Presiden Donald Trump menyatakannya sebagai senjata berpotensi melawan Covid-19, penyakit yang disebabkan oleh koronavirus novel.

New Delhi bulan lalu menghentikan eksport hydroxychloroquine bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk kegunaannya sendiri sebelum bersetuju pada bulan ini untuk membekalkan ubat itu kepada beberapa negara jiran dan juga “negara yang terjejas teruk akibat pandemik itu”.

“Pada 14 April India memberi kebenaran kepada Malaysia untuk mengimport 89,100 tablet,” kata Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar kepada Reuters.

“Kita akan cuba untuk mendapatkan lebih banyak tablet hydroxychloroquine dari India, di mana ia juga bergantung kepada stok.”

Kementerian Luar India tidak memberi respon segera kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Malaysia menggunakan hydroxychloroquine untuk kes Covid-19 yang ringan hingga teruk bersama ubat lain, seperti yang digariskan protokol rawatannya yang dilihat Reuters.

Malaysia mencatat jumlah jangkitan Covid-19 kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan hampir 5,000 kes, 82 daripadanya meninggal dunia.

Keputusan India untuk menjual ubat yang mendapat permintaan tinggi itu ke Malaysia menandakan perubahan dalam hubungan antara kedua negara yang tercalar kerana kritikan Dr Mahathir Mohamad terhadap beberapa dasar India, sebelum beliau meletak jawatan perdana menteri Februari lalu.

Malaysia meminta lebih dari satu juta tablet hydroxychloroquine dari India, kata 2 sumber yang memiliki pengetahuan langsung mengenai perkara itu memberitahu Reuters, meminta supaya nama mereka dirahsiakan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

“Secara amnya, semua negara saling memerlukan antara satu sama lain untuk memerangi pandemik itu,” kata sumber India yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perbincangan dengan Malaysia. “Pada peringkat global, akan ada penjajaran baru dalam hubungan.”

Teva Pharmaceutical Industries, IPCA Laboratories dan Cadila Healthcare antara pembekal hydroxychloroquine terkemuka di India.

Cadila meningkatkan pengeluaran 10 kali ganda kepada 30 tan metrik sebulan dan bersedia untuk menghasilkan lebih banyak jika diperlukan, kata pengarah urusan Sharvil Patel kepada Reuters minggu lalu.


MR :  Nampak Malaysia sangat kebelakang dalam eknologi peyeleian perubatan sendiri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan