Header Ads

ads header

Flash News

KKM sasar lebih 8,000 pelajar tahfiz jalani saringan Covid-19


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menyasarkan kira-kira 8,616 pelajar tahfiz bagi menjalani saringan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya sedang menumpukan sasaran kepada golongan itu selepas kes indeks melibatkan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Beliau berkata sehingga kini, KKM sudah menyaring 1,736 pelajar tahfiz di beberapa madrasah, namun kebanyakan mereka didapati pulang ke rumah masing-masing sebelum Perintah kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 217 kes positif iaitu kira-kira 10% daripada sasaran.

“Jadi kita akan bekerjasama dengan polis dan agensi berkuasa untuk membantu mengesan dan menjejaki pelajar tahfiz tersebut,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Noor Hisham juga berkata kes positif Covid-19 di negeri-negeri sudah menunjukkan penurunan.

Oleh itu, katanya, KKM memberikan tumpuan kepada 3 negeri yang masih menunjukkan kes aktif iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Katanya, terdapat juga 28 kluster kecil yang akan diberikan tindakan yang lebih khusus.


MR :  Test secara bersasar satu kaedah terbaik...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan