Header Ads

ads header

Flash News

Kami hanya nasihat kerajaan tentang perkembangan Covid-19, KP Kesihatan jawab Kit Siang


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ia hanya menasihati kerajaan berhubung perkembangan jangkitan Covid-19, bukannya urusan lain seperti persidangan Parlimen.

Ini susulan pertanyaan ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang sama ada KKM menasihatkan perdana menteri supaya tidak mengadakan persidangan Parlimen pada 18 Mei depan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, nasihat KKM adalah berdasarkan data dan fakta, misalnya sama ada jumlah kes meningkat atau atau tidak dan juga kadar jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Itu peranan kami. Selain daripada itu, berada di luar (peranan) kementerian untuk memberi nasihat berhubung hal-hal polisi dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sudah menjadi kebiasaan bekalan darah di hospital berkurang pada bulan Ramadan setiap tahun.

Bagaimanapun, beliau menyeru orang ramai yang ingin menderma darah untuk tampil tanpa berasa khuatir tentang sekatan jalan raya dan sebagainya.

Katanya, ini kerana mereka yang ada urusan di hospital tidak mempunyai masalah untuk melalui sekatan jalan raya.

“Kita (KKM) dah bincang dengan ketua polis negara bagi sesiapa yang nak pergi hospital, tak ada isu.

“Kita akan bagi surat (atau) kempen derma darah dan sebagainya.”

Beliau juga berkata, sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuatkuasa, permintaan ke atas bekalan darah berkurangan kerana kadar kemalangan dan kes trauma di wad kecemasan juga menurun.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Lim KIT Siang ni adalah musuh Malaysia yang patut di buang kerakyatan. Tak habis habis menyusahkan orang dengan soalan yang tidak ada guna kalau pun di jawab dengan baik.
    Penyokong PH semua bodoh. Dahlah bodoh bingkai pulak tu.

    BalasPadam