Header Ads

Header ADS

Kenapa Bakul tak cukup harga hanya di kawasan DAP sahaja?


Dakwaan bahawa pengedaran bantuan makanan untuk golongan isi rumah B40 yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya terhad kepada kawasan ahli parlimen tertentu, adalah tidak benar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.

"Waktu kritikal begini kita menerima permohonan bantuan bukan sahaja daripada ahli parlimen, tetapi juga pelbagai pihak termasuk jawatankuasa masjid, ketua kampung, dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Malah kita juga menerima aduan daripada individu termasuk melalui talian Kasih," katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja bagi penyampaian bantuan bakul makanan PKP, di Tanjung Malim hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran yang mengatakan, kawasannya belum menerima 1,000 bakul makanan, untuk diedarkan kepada ketua keluarga golongan itu.

Rina berkata lebih 360,000 bantuan bakul makanan telah diagihkan, kepada kira-kira dua juta rakyat yang terkesan, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan di negara ini, dan ia merupakan usaha berterusan yang akan dilaksanakan selagi arahan dikuatkuasakan.

Sementara itu, seorang penerima Salmiah Abdul Muhamad, 57, berkata, beliau amat bersyukur kerana suaminya Adnan Nasir, 64, terpilih menerima bantuan bakul makanan itu, untuk keperluan keluarganya pada bulan Ramadan.

Salmiah yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah di Kampung Lambak berkata suaminya menghidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan hemodialisis, menyebabkannya tidak mempunyai pendapatan.

Seorang lagi penerima Noraziyana Mat Said, 34, yang tinggal di Kampung Simpang 4 berkata, bantuan itu dapat mengurangkan beban bagi membeli barangan dapur untuk kelapan-lapan anaknya yang berusia antara dua hingga 12 tahun, lebih-lebih lagi pada bulan puasa.

"Suami saya sahaja yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat penghantaran, dan beliau juga perlu menanggung bapa saudaranya yang uzur, sejak empat tahun lalu," katanya.

- Bernama

MR :  Pasal DAP nak cari publisiti dan isu nak burukkan kerajaan PN.. jawapan tepat penuh markah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.