Header Ads

Header ADS

Mengenang Awal Ramadan 2018


Dua tahun sudah berlalu tetapi saya masih ingat bagaimana PH menzalimi keluarga saya dan cuba menghina saya.

Pada tahun 2018 selepas PRU14, kerajaan PH suruh PDRM serbu rumah saya sebaik sahaja saya pulang ke rumah selepas selepas solat terawih pertama Ramadhan.

Gambar ini di mana saya tertidur di ruang tetamu semasa serbuan polis berlangsung telah dihantar kepada media pada malam itu juga.

Hari kemudiannya, terkeluar pula cerita di media bahawa barangan bernilai RM1 bilion telah disita dari rumah saya.

PH memang suka menaikkan angka-angka untuk tujuan propaganda. Kerana lebih seronok mendengar hutang negara ialah RM1 trilion dan barang yang disita dari Najib bernilai RM1 bilion (walaupun nilai sebenar adalah jauh lebih rendah).

Dari hari itu sehingga PH tumbang 22 bulan kemudian, mereka masih gagal mencari sebarang bukti bahawa dana dan barang-barang kemas yang disita ialah dari 1MDB atau dari punca haram.
Mengikut undang-undang barang dan dana yang disita sepatutnya perlu dipulangkan selepas 1 tahun jika mereka gagal membuktikan ianya dari sumber haram.

Namun selepas berakhirnya tempoh 1 tahun, kerajaan PH tidak mahu hirau undang-undang.

Mereka menggunakan kaedah saman sivil pula untuk mengelak dari mengembalikannya.

Saman sivil adalah hanya berdasarkan affidavit polis bahawa wujudnya sebab untuk percaya barang itu adalah sumber haram.

Ianya bukan berdasarkan bukti kukuh dan ianya juga bukan kes jenayah.



Paling pelik ialah dalam affidavit yang digunakan sebagai alasan saman sivil lucut hak, mereka mengaku kebanyakan barang yang disita adalah hadiah peribadi yang diberi kepada saya dan keluarga saya - tetapi dikatakan tiada bukti kukuh. (orang yang beri hadiah tak sertakan bukti dokumen lah)
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156086989710952
 


Dan alasan rasmi dalam affidavit untuk menyita dana PRU14 UMNO pula ialah kerana "wang itu disimpan di tempat yang sama dengan barang-barang kemas, beg tangan dan jam tangan."
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156163099255952

Saya dah banyak kali jelaskan (dan polis pun tahu sumber dana termasuk siapa yang menyumbang) bahawa dana PRU itu telah dipindahkan dari peti besi Pejabat Perdana Menteri ke tempat simpanan di sebuah kondo pada malam BN kalah PRU14.

Sebaik sahaja dana itu dipindah, ianya disita serta-merta.

Dan terkeluar pula cerita bahawa Najib simpan wang RM100 juta di rumah - walaupun ianya bukan rumah saya pun tetapi tempat simpanan yang merupakan kondo di Pavilion.

Ini penjelasannya sekali lagi:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155753320340952

Tak apa. PH sudah tumbang.

Namun kes saman sivil lucut hak masih di mahkamah.
(Kes saman sivil ini telah banyak kali diperlambatkan dan ditangguh oleh kerajaan PH dahulu dengan pelbagai sebab)

Kita akan terus lawan di mahkamah untuk membuktikan PH telah memfitnah saya sekali lagi.
Insyaallah.

NAJIB RAZAK



MR :  Sumpah laknat yang dilafaz tidak mengenai mangsa.. walaupun mereka tolong menyebar fitnah di internet dengan pelbagai nama samaran. Manusia tidak tahu tapi Allah tetap akan membalas setiap rintihan manusia walaupun dia dikalangan orang zalim.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Anggaplah sebagai kifarah wahai dsn. Ambil peluang ini untuk lihat mana boleh perbaiki diri dan orang terdekat.

    BalasPadam
  2. Jangan mengata orang saja,..kita semuapun patut mengambil peluang untuk lihat mana boleh perbaiki diri dan orang terdekat kita. Jgn jadi satu jari telunjuk menghala org lain tp 4 jari menghala ke kita sendiri.

    BalasPadam
  3. Org yg memfitnah bertujuan utk menghina simangsa.. Akhirnya kehinaan itu kembali kepada si pemfitnah.. Itulah kifarah sebenarnya..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.