Header Ads

Header ADS

'PN ditubuh demi selamatkan negara, bukan ikatan konkrit'


Kerjasama politik dalam Perikatan Nasional (PN) bukan satu ikatan yang konkrit, namun dibentuk melalui keputusan setiap parti demi menyelamatkan negara, kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah.

Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, beliau berkata kerjasama yang membolehkan PN menerajui kerajaan persekutuan ini adalah keputusan parti-parti yang terlibat.

"Bukan kerjasama ahli-ahli parlimen, kerana ahli Parlimen ini terikat dengan keputusan parti. Macam kami PAS, kita terikat dengan keputusan parti PAS. Orang Umno terikat dengan parti Umno, kalau Umno kata jangan masuk, macam mana dia nak masuk.

"Cuma ikatan ini bukan ikatan yang konkrit, sebab pada waktu itu mungkin boleh saya katakan ia bersifat ad-hoc untuk menyelamatan keadaan apabila Dr Mahathir Mohamad letak jawatan (perdana menteri), negara tidak ada kerajaan.

"Jadi kita menyelamatkan keadaan pada waktu itu, parti PAS, Umno dan BN terpaksa buat keputusan segera dan itu lahirnya Perikatan Nasional. Tetapi nama Perikatan Nasional pun tak tahu siapa yang bagi. Kita pun hairan dari mana keluar nama (PN) ini.

"Tetapi sebenarnya untuk selamatkan negara daripada kelompongan politik. Mungkin akan datang berlaku perubahan politik yang kita tidak tahu," katanya kepada media di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Bung mendakwa PN ditubuhkan atas kerjasama antara anggota parlimen dan bukan atas dasar parti.

Bung berkata, ini merupakan antara punca utama PN gagal diselaraskan di peringkat negeri.

"Perikatan Nasional ini diwujudkan untuk membentuk sebuah kerajaan antara MP (yang menyokong perdana menteri). Bukan atas dasar (sokongan) parti ke parti," katanya ketika menjawab persoalan mengapa PN tidak ditubuhkan di Sabah dalam program khas bersama Pengerusi Umno Sabah anjuran Penerangan Umno Malaysia, semalam.

Sementara itu mengulas lanjut, Mohd Amar berpandangan, jika perkembangan kerjasama ini positif untuk rakyat, ia boleh diperkuatkan lagi pada masa akan datang akan jadikan kerjasama yang lebih konkrit.

"Hari ini pun kita nampak positif, mesyuarat kabinet pun berjalan dengan baik, alhamdulillah. Jadi kalau benda ini bagus saya rasa boleh teruskanlah dengan beberapa ubahsuai dan sebagainya," jelasnya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Selesaikan isu utama dulu

Dalam perkembangan lain Mohd Amar turut membidas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yang sebelum ini membangkitkan isu usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai RUU355.

Beliau mempersoalkan apakah yang Mohamad lakukan dalam hal berkait kepentingan agama untuk meningkatkan syariat sepanjang 22 bulan dalam kerajaan pusat sebelum ini.

"Dia duduk 22 bulan dalam kerajaan satu benda pun dia tak buat, tiba-tiba kita yang baru duduk sebulan dia suruh buat segera. Selama 22 bulan apa yang dia buat untuk kepentingan agama, untuk meningkatkan syariat, yang dia kata PAS bawa dulu tak betul.

"Sepatutnya dalam 22 bulan dia sudah ada pelan untuk meningkatkan martabat mahkamah syariah dan sebagainya, itu pun dia tak buat. Tiba-tiba kita baru sebulan dia suruh buat dah, bagilah masa sikit pada kita.

"Fokus kita paling utama ialah wabak Covid-19, kedua isu ekonomi dan kestabilan politik negara. Dalam agama pun ada apa yang perlu didahulukan, kita tidak boleh buat sesuatu dengan tidak ikut keutamaan.

"Misalnya nak sembahyang kena ambil wuduk dahulu, kemudian tempat bersih, pakaian kena bersih, jadi kena ikut langkah demi langkah," katanya.

Mohd Amar turut menyeru supaya semua pihak tidak berpolitik dalam situasi sekarang dan menyelesaikan isu utama dihadapi negara.

"Kita selesaikan tiga isu besar ini dahulu, pada pandangan saya jangan berpolitiklah dalam masa dua tiga bulan ni, biar selesai dahulu tiga isu utama ini.

"Sebab ini masalah bersama, bukan masalah PAS, Umno atau Bersatu, ini masalah negara," ujarnya.

MR :  Itu yang sukar nak difahamkan demi nak selamatkan Malaysia drp PH dan DAP, PAS terpaksa berkorban sedikit


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Mat sabu sakit hati....sb...jadi wakil rakyat parlimen tp pencen x dpt ...hahahahaha...aku suka mat sabu..padan la hang tahana kat ulama sgt.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap orang kott.
      Awal awal abg mad dapat jawatan menteri..beliau dah.kata lebih selesa menjadi pembangkang.

      Lu ingat abg mad species pemimpin pas@menunggang agama ke.
      Dapat jawatan je..ingat merc
      Dapat jawatan je..lantik kroni.

      Ingat lah ni oooii

      Kasihan pas
      Masih dah cuba utk menganggap suci & mensucikan.

      Fikir-fikir kan.....

      Apabila mereka telah disucikan.
      - menteri kereta terbang.
      - menteri semb....
      - mak lampir.
      - perogol amah
      - penembak bab..
      - yb takut hilang exco
      ( hasnul)

      Noted.
      YB lompat parti haram gajinya bagi anak bini makan.
      (ulama pas)

      Walaupun kerajaan pengkhianat nasional ini berdiri tanpa manifesto.

      Maka adalah terbaik menyelesai kan bbrapa tuntutan & janji pemimpin umno pas pada kerajaan dulu dilaksanakan.

      - jgn simpan kes azmin.
      Masa anwar, syaifol mengaku diliwat & membuat laporan polis..
      Anwar didakwa & dipenjara tanpa ada video..
      Haziq pun mengaku diliwat Azmin.
      Bila nak dakwa azmin pula ?

      - segera kes adib.
      - dakwa perogol amah.
      - jgn lulus uec
      - mansuhkan sekolah vernakular
      - mansuh ptptn@pas
      - YB umno pas istiharkan harta@arahan pm.
      - siarkan siaran lansung perbicaraan najib dimahkamah@najib
      - membawa kes terowong LGE@umno
      - menyiasat & mendakwa penjualan aset TH & Khazanah@mad hasan
      - Menyiasat & mendakwa kekayaan keluarga Tun@umno
      - laksanakan hukum hudud@ruu 355.

      Sekarang dah jadi kerajaan.

      Laksanakanlah.

      Bercakap mudah.
      Laksanakan belum pasti.

      Ingat menteri pas@takiyudin yg jaga kementerian uu.
      Harapan yg berpanjangan.
      Jangan sucikan pula pemimpin PN yg sedang disiasat & dibicarakan.
      - kes duit yayasan@zahid.
      - kes permit@bayaran levi@zahid.
      - kes src@najib.
      - kes 1mdb@najib.
      - kes solar@rosmah.
      - kes bung mokhtar.
      - kes ku nan.
      - kes nasarudin@pas.
      - kes pas terima duit umno
      - kes hadi cautim SR.
      - kes mazlan@1mdb.
      - kes shahril samad@1mdb.
      - kes pkpz@mca.
      - kes perwaja.
      - kes maika holding@mic

      Ingat.
      Rakyat Kerajaan Tebuk atap boleh lah ditipu@dikhianati.

      Tapi negara luar tidak.
      Mereka memperhatikan kita@malaysia

      Cukuplah kita dimalukan dgn hanya 1% saja negara luar yg iktiraf kerajaan pengkhianat nasional .

      Itu belum lagi istilah-istilah bodoh dari pasukan menteri khianat.
      - air suam@menteri kkm
      - menteri 500 negara.
      - menteri 15 negeri di malaysia
      -doremon@rina
      -borang balik kampung@sabri
      - dron@anuar musa
      - makcik kiah@pm
      - tik tok@men pengajian tinggi
      - gunting rambut@dalam lipatan@azmin
      - menteri hewa@bodoh@Tuan man
      - RM 2 juta duit poket@ku nan
      - buloh betong@menteripas
      - langgar arahan pkp@timbalan menteri@exco pas.

      Bila nak tunai kan manifesto lama.
      - Laksanakan hukum hudud dikelantan@pas.
      - air bersih menyeluruh@pas.
      - Perumahan rakyat@umno.
      - Turun harga kereta@umno.

      Jangan lupa laksanakan GST, kerana ia baik utk ekonomi rakyat@umno

      Apa cite kerajaan tebuk atap ni yg baru berumur 2 bulan jual saham tnb@khazanah sebanyak 1.7 juta unit ???

      Yg paling hebat..
      Fitnah besar seorang ulama pas kepada anwar & amanah@presideng pas.

      🙈🙈🙈🙈🙈🙈

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.