Header Ads

ads header

Flash News

Cadangan Kepada Majlis Muzakarah Kebangsaan : SOP Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah Dimasjid Dan Surau Malaysia.


Sudah tiba masanya kita lakukan perubahan dalam ijtihad dan amalan kita dalam Maksud 'New Normal' Yang dianjurkan oleh pemerintah melalui kementerian kesihatan malaysia ( KKM ). Ia mungkin agak pelik dan khilaf ( menyanggahi ) dengan amalan mazhab shafie yang menjadi Amalan fiqh rasmi malaysia. Adapun amalan fiqh ini perlu disesuaikan dengan 'Fiqh covid19' yang kita semua amat faqih tentang tabi'ienya. Maka, saya mencadangkan agar Majlis Muzakarah kebangsaan perlu membincangkan cadangan ini. Seharusnya difahami kita berada dalam keadaan Dharurat yang mengiizinkan kita meluaskan ijtihad. Kita masih boleh menunaikan kewajipan solat jumaat dan fardhu kifayah solat berjemaah dengan mempertimbangkan cadangan ini :-

1. Membuka sedikit 'hukum tempat' pelaksanaan solat jumaat yang bukan hanya di masjid tetapi juga  kepada 'surau-surau terpilih yang layak' seperti surau-surau taman perumahan yang mempunyai ahli mukim mukallaf 40 orang keatas dan surau yang memang dibina dgn bangunan kekal dengan tujuan surau. Surau-surau sementara seperti surau pasaraya, surau kilang, surau pejabat dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk adakan solat jumaat.  Ini akan membantu masjid dengan  mengecilkan jumlah jemaah masjid setelah dipecahkan mengikut surau taman-taman perumahan tersebut yang sebelum ni penuh dan padat. Ini adalah kerana :-

a) Masjid yang ada solat jumaat sekarang adalah terlalu ramai kerana ia dikumpulkan dari seluruh qariah iaitu kampung  dan taman-taman dan berisiko berlaku sentuhan yang ketara dari identiti yang pelbagai yang mungkin akan menyukarkan kerja KKM jika berlaku kes covid.

b) Qariah kecil yang mewakili taman-taman perumahan ini akan memudahkan KKM melaksanakan SOP mereka mengikut lokaliti jika berlaku kes covid Khususnya memudahkan KKM membuat 'Pengesanan kontak' dalam lokaliti yang lebih kecil kerana mengikut surau dan jemaah taman perumahan tersebut.

2. 'Penjarakkan saf'' dalam solat dengan  kadar tidak bersentuhan - Mungkin syarat hukum merapatkan saf tidak mampu dilaksanakan untuk waktu kritikal begini namun perlu dianjurkan  pada jarak yang sesuai supaya 'tidak bersentuhan'.

3. Disyaratkan memakai baju yang berlengan panjang dan bertopeng muka dan tidak menutup dahi. Menggalakkan sentiasa basuh baju sebaik sahaja pulang kerumah dan mandi.

4. Dilarang membawa Anak-anak yg belum baligh ke masjid dan surau. Wanita juga tidak digalakkan datang ke surau bahkan mungkin boleh 'dilarang' samada solat jumaat atau  solat berjemaah diwaktu kritikal begini.

6.  Digalakkan sentiasa dan kerap memperbaharui wudu' terutamanya  ketika baru sampai ke surau/masjid atau Sebelum balik ke rumah masing-masing ( Berwudu' sebelum balik )

7. Tidak menggalakkan anjuran acara lain selain solat untuk mengelakkan aktiviti berkumpul dan bercampur yang ketara.

Untuk makluman kesemua cadangan diatas mempunyai hujah-hujah fiqh yang panjang dan tidak perlulah saya sebutkan disini kerana cadangan ini saya bawakan untuk pertimbangan Kuasa Berautoriti yang amat memahami fiqh iaitu Majlis Muzakarah Kebangsaan.

Baarakallahu fiikum...

Ust Fadh, Rembia,Melaka.
7/5/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan