Header Ads

ads header

Flash News

Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri Dan 'Kerajaan Pintu Belakang'


Seminggu dua ini kita diputarkan semula dengan permainan politik dengan kenyataan-kenyataan ahli politik yang pernah kita dengar sebelum ini. Kenyataan-kenyataan mereka ini kelihatan akademik dan ilmiah seperti kenyataan pakar rujuk undang-undang yang berbicara tentang keabsahan kerajaan yang dibentuk tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Gelarannya pun pelik-pelik untuk mengimejkan kerajaan itu antaranya kerajaan pintu belakang, tebuk atap dan kerajaan yang bukan dari mandat rakyat. Speaker juga berhujah dengan modal sama iaitu mesti melalui Dewan Rakyat atau Dun jika ingin memecat mereka sebagai speaker. Begitu 'legal' mereka terhadap undang-undang sehingga kelihatan merekalah yang paling taat kepada undang-undang.

Bagi pemerhatian rakyat marhain ini, yang bukanlah fasih terhadap nota undang-undang, kita perhatikan kenyataan mereka dengan apa yang mereka praktis ketika kemenangan PRU 14 dulu adalah bercanggah sama sekali dengan kenyataan tersebut. Kelihatannya, tidak ada mana-mana kerajaan pun samada di peringkat Persekutuan atau Negeri yang mengesahkan kerajaan mereka Di Dewan masing-masing dihari pertama atau sebaik sahaja kemenangan pilihanraya tersebut. Yang kelihatan mereka mengishtiharkan kemenangan di media pukul 3 pagi, mengangkat sumpah di depan YDPA dan kemudian kerajaan dibentuk.

Begitu jugalah yang berlaku di peringkat negeri. Tiada satu pun kerajaan yang pergi mengesahkan kerajaannya dengan memanggil sidang Dewan Undangan Negeri sebaik sahaja selepas kemenangan pilihanraya. Mereka terus bentuk kerajaan dengan mengambilkira kemenangan pilihanraya hanya dengan mengangkat sumpah didepan YDPA atau Raja-raja atau Yang Dipertua/Yang Dipertuan negeri masing-masing. 

Pada waktu itu tiada pula kedengaran kenyataan pihak pembangkang berkata bahawa kerajaan itu tiada majoriti atau pintu belakang atau tebuk atap. Sedangkan jika dinilai dengan penilaian yang sama, memang banyak juga perkara pertikaian yang timbul yang boleh meragukan keabsahan pembentukan kerajaan-kerajaan tersebut. Antaranya, kerajaan perak yang pada waktu itu bukan semua mendapat sokongan majoriti dari parti yang menang pilihanraya sahaja iaitu PH tetapi pembentukannya disokong oleh Sebahagian ADUN umno yang melompat parti atau menjadi wakil rakyat benas.

Begitu juga di Kedah, bukan semua sokongan yang didapati dari parti PH sahaja, ada lompat parti dan jadi wakil bebas. Bahkan ada kerajaan negeri yang bertukar tangan dalam sehari dua sahaja sehingga memaksa dua kali angkat sumpah di Sabah kerana 'ketidaktentuan majoriti'. Tiada siapa pun bercakap mengenai pintu belakang dan tebuk atap.

Kerajaan itu dibentuk dengan lancar dan berjalan dengan baik sehinggalah sampai masa sidang Dewan Rakyat atau sidang Dun , namun tidak kedengaran sesiapa pun dari parti pembangkang membawa Usul undi tidak percaya di mana-mana Dun pun Kerana mereka percaya kepada keputusan Raja atau kuasa tertinggi Negeri masing-masing, walaupun ramai wakil rakyat mereka dibawa lari oleh PH untuk membolehkan pembentukan kerajaan. Tiada juga kedengaran istilah 'pengkhianat'.

Tetapi hari ini, proses yang sama dilakukan oleh PN , mengisytiharkan mereka memiliki majoriti dan mendapatkan restu YDPA dan Raja-raja negeri  dan seterusnya mengangkat sumpah, mereka dikatakan sebagai kerajaan pintu belakang kerana tidak melalui Dewan. Kemudian bertindak lebih dari itu, mereka bawa pula usul undi tidak percaya. Lihatlah, SOP yang sama yang dibuat, Tindakan lompat parti pun sama sebagaimana berlaku pada kedua-duanya, tetapi hukumnya lain-lain iaitu kerajaan PH hukumnya SAH manakala kerajaan PN hukumnya HARAM. Fikir-fikirkanlah bersama...untuk renungan Abd Kadir Jasin.

Fadh, Rembia, Melaka.
22 Ramadhan 1441
15 Mei 2020

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Tak ada makna nya klu masuk pintu depan bila masuk kedalam besepah sampah sarap betabur tandas hancing penhuni nya tiada budi bahasa dan bagai2 lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk pintu depan tapi tipu janji manifesto apa gunanya.

      Padam
  2. Ulasan saudara memang tepat dan padat. Tetapi yang c e l a k anya menatee penyokong ph tak baca artikel lain kecuali sealiran dengan semangat ph. Mereka tak ubah seperti org Yahudi yg tau nabi Muhammad adalah nabi terakhir,tapi di sebabkan nabi Muhammad bukan dari golongan mereka menyebabkan mereka menolak seluruh ajaran nabi Muhammad.

    BalasPadam
  3. PINTU BELAKANG dan MASUK BELAKANG adalah berbeza.yang haram tu MASUK BELAKANG.rakyat tidak Redha pemimpin yang diangkat sudah Dsabit dgn kes Masuk Belakang serta khianat pada ahli2 yang Perjuangkan keadilan.BEGITU juga yang terlibat RASUAH SALAHGUNA KUASA KRONI DAN TERUS GILA KUASA

    BalasPadam