Header Ads

Header ADS

Dulu engkau khianat PAS, engkau sokong PASMA sehingga goncang PAS, kini engkau rasa pula!



Anwar Ibrahim kini bercakap soal kesetiaan parti dan pengukuhan PH. Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, beliau kini ialah pengerusi Pakatan Harapan (PH), jawatan yang dipegang Dr Mahathir Mohamad sebelum PPBM meninggalkan gabungan itu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya dalam video dimuat naik ke Facebook baru-baru ini.

Kini Ketua AMK Akmal Nasir pula menguatkan pembicaan tentang kesetian parti dan ketaatan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

PKR perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap pimpinan yang berpotensi mengkhianati parti, kata Ketua AMK Akmal Nasir.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan parti berdepan dengan ahli-ahli yang hanya menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri, terutamanya pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

“Bagi saya, parti perlu lebih tegas. Terbukti masih ada lagi kadang-kala (ada yang) keluar kenyataan yang begitu songsang dengan keputusan parti.

“Dan mereka yang tiada kekuatan dalam PKR pun hanya masih anggota, tetapi guna nama Keadilan itu untuk serang Keadilan (sesama sendiri).

“Bagi saya, masih banyak pembersihan yang perlu dibuat PKR supaya bila masuk pilihan raya yang akan datang, mereka yang ada kepentingan seperti ini atau pun yang nak gunakan taktik percaturan lawan, kita dapat elakkanlah.

Sebagai ketua Pemuda AMK, Akmal berkata tanggungjawab itu bukan mudah baginya apabila terpaksa berdepan dengan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang turut dikenali sebagai kartel.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata, ianya bukan sekadar perbezaan pendapat antara kumpulan Azmin, malah dari segi prinsip sudah jauh tersimpang dari perjuangan parti.

Sebelum ini Anwar dan PKR lah yang cuba menjahanamkan PAS dengan memberikan sokongan kepada kumpulan G18.

Tak lama selepas mengkhinati PAS sedangkan semasa tersempit dulu PASlah yang membatu mereka. Tapi bila ada kuasa mereka tak menghargainya. Mereka cuba musnahkan kepimpinan ulama dalam PAS.

Tapi apa terjadi, yang musnah robek adalah PKR walaupun ramai orang nampak PKR hebat dan berjaya. Tapi Tuhan nak musnahkan PKR atas kerjayaan sementara akibat kesombongan dan meninggalkan tuntutan perjuangan Islam. Demi kuasa mereka gadai Islam dan Melayu.


MR :  Doa orang teraniya tiada hijab


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Berfikir diluar kotak. Ahli parti makin sedikit akibat ramai keluar, maka parti itu akan semakin kuat

    BalasPadam
  2. Dulu madey nak azmin jadi pm. Anwar memang tiada dalam diri madey sejak dulu lagi. Madey bijak gunakan anwar untuk ph menang. Sampai masa madey mungkir. Kalau boleh boboi pun ada dalam senarai tpm.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.