Header Ads

ads header

Flash News

MOU PN tak menjurus daftar gabungan tapi menunjukkan sokongan Muhyiddin ada 113 MP


Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membentuk Perikatan Nasional dimeterai hanya untuk mencerminkan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memimpin negara, kata timbalan pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed.

The Malaysian Insight memetik Nur Jazlan sebagai berkata, bahawa MoU tersebut dipersetujui untuk memudahkan urusan pentadbiran Parlimen yang bersidang semalam.

“Ia tidak mengikat. MOU itu sekadar MOU walaupun kenyataan (menyebut) bersetuju tubuh PN.

“Ia tidak akan menjurus kepada pendaftaran parti PN macam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), hanya nak tunjuk dan memudahkan perkara pentadbiran dalam Parlimen.

“Tidak ada apa-apa usaha menjadikan PN sebagai parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Semalam, Nur Jazlan berkata Muhyiddin mempunyai sokongan yang mencukupi di parlimen.

Penyusunan kerusi di Dewan Rakyat semalam memaparkan Muhyiddin mempunyai sokongan 113 MP.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh BN, Bersatu, PAS, GPS dan dua lagi parti dari Sabah.

Awal bulan ini, Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak cadangan supaya parti itu menyertai gabungan PN secara rasmi, bertujuan menjaga kedudukan dan kepentingan parti berkenaan.

Memorandum itu menyatakan PN akan memastikan pentadbiran yang baik di peringkat persekutuan dan negeri.

Dikatakan juga bahawa pihak PN akan meningkatkan semangat kerjasama antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk mencapai matlamat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

MR :  PRU-15 akan menentukan kedudukan Bersatu nanti


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan