Header Ads

Header ADS

GPS menyokong PH itu sebagai 'kerja gila' kata Abang Johari


KUCHING:
Dakwaan Pakatan Harapan (PH) kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dibuat berdasarkan senarai lama sebelum wujudnya kerajaan Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (PN+GPS).

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ketika krisis politik melanda Februari lalu, memang Ahli Parlimen GPS memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sokongan itu diberikan demi memastikan krisis politik berakhir segera kerana GPS mahukan politik negara kembali stabil.

"Tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui gerakan untuk meredakan ketegangan politik, GPS menyokong beliau dengan matlamat demi kestabilan politik.

"Sebab itu saya percaya 129 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong PH itu adalah berdasarkan senarai lama," katanya ketika ditemui selepas meninjau projek kemudahan infrastruktur di Kampung Tabuan Selipar Putus, di sini, hari ini.

Wan Junaidi yang juga Ahli Majlis Tertinggi GPS berkata, beliau yakin angka lama itu digunakan oleh blogger PH, Shahbudin Husin, melalui Facebook untuk mendakwa Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan menggantikan PH.

PH didakwa kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, Ahli Parlimen GPS cukup berdisiplin dan beliau tidak percaya mereka boleh ditarik dengan mudah untuk memberi sokongan kepada pihak tertentu.

"Kami (Ahli Parlimen GPS) bergabung dalam satu suara di bawah pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menyokong Tan Sri Muhyiddin dan akan terus bersama dengan beliau.

"Walaupun kami tidak sama parti, tetapi dalam kerajaan yang sama untuk memastikan kestabilan politik dan apabila ia berjaya dilakukan, kita dapat menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan. Begitu juga dengan pakej rangsangan ekonomi ketika kita menghadapi pandemik itu," katanya.

Justeru, beliau menganggap dakwaan 129 Ahli Parlimen termasuk dari GPS menyokong PH itu sebagai 'kerja gila'.

MR :  Giler najk jadi PM antara giler menyusahkan orang


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. btul2 org tua ni dh nyanyuk.kubur tu dh tunggu dh menmagil2 dia masih x insaf2 lgi.buat la tok slgi bleh buat.ingat la yg kt atas tu tgok jer apa 6g atuk laku kan..

    BalasPadam
  2. Pembohongan Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs telah terdedah. Malangnya puak ini tidak tahu malu sebab muka tembok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno dulu kalah pun tak lah meroyan..macam ni......dulu di bagi kuasa...suka suka dia jak perintah negara..ikut selera...puak kapiak..sekarangg..baru nak..terhegeh hegeh....konok mandat rakyat tak habis habis rakyat nak di kencing nya...dari ada kuasa sampailah dah hilang kuasa...

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.