Header Ads

ads header

Flash News

Hadi, Zahid dikatakan akan berjumpa PM bincang politik semasa, kata sumber


Menjelang sidang Dewan Rakyat buat kali pertama sejak Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, pemimpin tertinggi Umno dan PAS dijangka membuat kunjungan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Menurut sumber pertemuan di antara Muhyiddin dengan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, jadual berlangsung dalam waktu terdekat.

"Pertemuan itu sepatutnya berlangsung semalam (Rabu) tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Jadi, pertemuan dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini bagi membincang beberapa perkara khususnya membabitkan sidang parlimen.

"Kita sedia maklum bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengemukakan usul tidak percaya kepada perdana dan ini pastinya akan ada dalam perbincangan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain isu usul di Dewan Rakyat itu, sumber berkenaan menjelaskan, turut akan jadi perhatian ialah pelbagai isu semasa termasuk hubungan kerjasama dalam PN.

Akan bincang, perhalusi lagi

Hari ini Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

"Surat kepada speaker telah dihantar. Usul berkenaan telah difailkan oleh (anggota parlimen) Langkawi," kata sumber yang boleh dipercayai kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal pula memulakan usul undi percaya terhadap Mahathir pada sidang sehari Dewan Rakyat nanti.

Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Sabah itu.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh YB Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan YAB Perdana Menteri," katanya dalam satu surat yang dilihat Malaysiakini.

Menurut sumber itu lagi, semasa Muhyiddin, Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bertemu nanti, isu pendaftaran PN - seperti pernah dibangkitkan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan - juga dijangka akan dibangkitkan.

Katanya, Umno sudah membuat keputusan untuk menolak menyertai PN secara rasmi dan PAS juga dijangka akan mengambil pendirian sama.

"Jadi isu ini akan turut dibangkitkan dalam pertemuan itu dan Umno sudah jelas menolak pendaftaran PN.

"Perkara ini akan dibincang dan diperhalusi secara serius untuk mencari jalan penyelesaian secara bersama," katanya.


MR :  Makin banyak perjuampaan pimpinan utama PN makin meracau PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan