Hampir buat penemuan signifikan COVID-19, penyelidik ditemui mati ditembak
PITTSBURGH: Seorang profesor di University of Pittsburgh, Pennsylvania, yang hampir membuat 'penemuan signifikan' berkaitan COVID-19, ditemui mati pada hujung minggu lalu.
Kenyataan Jabatan Polis Ross menyebut Bing Liu, 37, ditemui di rumahnya pada Sabtu, dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.
Penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu, dan percaya lelaki itu menembak dan membunuh Liu sebelum membunuh diri.
"Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka saling mengenali, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenayah kebencian," kata jurucakap polis, Detektif Brian Kohlhepp.
Pihak universiti menzahirkan rasa sedih dengan kematian tragis Liu, yang disifatkan sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.
Universiti itu juga memaklumkan anggota fakulti kini dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai satu penghormatan kepadanya.
MR : Siapa tembak dia?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tuan,
BalasPadamTahukah anda bahawa Singapura sudah jadi mirip negara kominis?
Kalau tak percaya, sila buat carian di YouTube tentang betapa buruknya negara Singapura yg menangkap sesiapa sahaja yg mengkritik pemimpin mereka.