Header Ads

Header ADS

Jangan heret negara krisis politik hanya kerana seorang yang gila kuasa dan mahu menjadi PM kata Azmin


Spekulasi bertiup kencang mengatakan Pakatan Harapan (PH) memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk mencabar kesahihan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, selepas kerajaan PH tumbang dalam krisis politik pada Februari lalu.

Bagaimanapun, menteri kanan Mohamed Azmin Ali, yang memainkan peranan penting dalam kejatuhan kerajaan sebelum ini, mendakwa tidak tahu menahu bahawa PH dan Warisan mempunyai sokongan 129 anggota parlimen.

Bercakap di Alor Star, Kedah hari ini, beliau berkata perhatian harus diberikan kepada rakyat dan bukannya mengheret negara dalam satu lagi krisis politik.

"Kita tidak patut diheret ke satu lagi krisis politik dan dijadikan mangsa hanya kerana seorang yang gila kuasa dan mahu menjadi perdana menteri," katanya pada sidang media.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan Azmin itu dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, PN tidak boleh dipersalahkan atas perubahan kerajaan apabila Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari lalu. 

Katanya, titah Yang Di-pertuan Agong dalam perasmian pembukaan Parlimen baru-baru ini juga jelas menunjukkan krisis itu berpunca daripada peletakan jawatan Mahathir.

"Walaupun, Agong meminta Mahathir untuk kekal sebagai PM, Mahathir menegaskan mahu letak jawatan," tambahnya.

Susulan kekosongan jawatan perdana menteri, Azmin berkata Agong menjalankan tanggungjawab baginda selaras Perlembagaan Persekutuan untuk melantik pengganti.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia menjalankan tugasnya secara terbuka, telus dan jujur. Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang PM yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

"Baginda berpuas hati bahawa (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) memiliki majoriti," tambahnya.

Mengikut susuna kerusi di Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu, Muhyiddin mempunyai 113 sokongan ahli parlimen iaitu kelebihan dua kerusi.

Dewan Rakyat memiliki seramai 222 anggota parlimen.

Bersatu kini berpecah kepada dua - satu kumpulan memihak kepada Muhyiddin, dan satu lagi berpihak kepada Mahathir yang masih bersama PH.

Mahathir merupakan pengerusi parti itu dan anaknya Mukhriz Mahathir adalah timbalan presiden.

Kerajaan PH tumbang selepas Azmin dan sembilan ahli parlimen dari PKR keluar daripada parti itu, manakala Muhyiddin menarik balik sokongan terhadap PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri kelapan pada 2 Mac dengan menubuhkan kerajaan PN bersama BN dan PAS. 

Gabungan itu turut disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Parti Sabah.


MR :  Tak payah layan, fokus kepada kepentingan dan kebajikan rakyat pasti rakyat akan sokong kerajaan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Teruskan amanah mentakbir negara tercinta PN.Menjaga kedaulatan agama ,bangsa,raja, negara & rakyat jelata.

    BalasPadam
  2. Berjuang untuk menghapuskan keRosakan dan keBatilan adalah Lebih Utama untuk mendapat keBaikan dan keBenaran...terutamanya daripada FITNAH2 golongan Munafikun yg bersekongkol dgn Kafirun sebab2 GILA KUASA peribadi yg akhirnya menjahanamkan negara dan porak-perandakan Rakyat.JADI DERHAKA pd YDPA serta perlembagaan Negara

    BalasPadam
  3. Mahthireq cuba buat sama semasa dlm umno dulu wujud team A dn Team B.Dia berharap satu pihak Bsatu akan melutut sembah padanya spt dulu spya rakyat akan terus terpersona dgn pengaruh dakyahnya.BANGANGnya mahathir dn sekutunya bila berada dgn pembangkang padahal muhyidin dlm kerajaan PERSEKUTUAN.

    BalasPadam
  4. Azmin awaklah teruk...buat pusingan U...duk kta orang pulak gila kuasa...awak tk gila kuasa ke

    BalasPadam
  5. Ada otak guna elok2...dlm PH ada DAP. Masalah sekarang bagaimana nak nafikan DAP...JGN TIPU rakyat...rakyat sebenarnya dah tertipu dgn memilih pemimpin2 PH pd pru14...jgn kita ulangi kesilapan yg sama utk politik kedepan nti...

    BalasPadam
  6. Dah berapa bulan..pn jadi kerajaan..tak ada pon laporan nk dakwa DAP..kata DAP buat kerosakan..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.
    60 tahun melayu memerintah made in malaysia dap juga melayu sebahagian melayu salahkan. Isu 1mdb dan juga isu tabung haji melayu salahkan dap juga. Melayu gadai tanah melayu dap juga dipersalahkan. Wahhh.. dah makin teruk sebahagian melayu yang fobia kan dap..
    Apa laa kua ni melayu , nak kata binatang tapi pandai pula pilih menu makanan yang segar kan.. Dan nak kata bodoh tapi boleh jawab pulak 0+0 berapa kan..
    Semoga Allah swt jatuhkan puak2 yang selalu membuat fitnah kepada kaum2 lain di made in malaysia..
    Gudmlm.
    Mf ggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kes duk jilat pungkok cina tu duk backup cina lahanat.

      Padam
    2. Ni kes duk jilat pungkok cina tu duk backup cina lahanat.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.