Header Ads

ads header

Flash News

Lokaliti tular Covid-19 akan dikenakan PKPD selepas sektor ekonomi dibuka, kata Noor Hisham


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan supaya kerajaan mengambil langkah seperti mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan yang berlakunya penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan keputusan kerajaan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei untuk meringankan sekatan ketika tekanan ke atas ekonomi semakin dirasai selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac.

“Kalau ada yang tidak patuh kita akan lihat tindakan. Kalau ada kes penularan di 1 kawasan atau 1 lokaliti kita akan jalankan PKPD.

“Kita akan tutup kawasan tersebut dan kita laksanakan saringan dan asingkan yang positif Covid-19 serta kuarantikan mereka yang ada kontak,” kataya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini berkata, hampir semua sektor ekonomi, kegiatan perniagaan dan sosial akan dibenarkan tertakluk kepada syarat dan tatacara operasi standard bermula 4 Mei.

Katanya, langkah itu penting kerana aktiviti perniagaan dan pekerjaan merupakan sumber pendapatan dan sekiranya sekatan ketat berpanjangan, ia akan menjejaskan kewangan.

Bagaimanapun katanya, kegiatan ekonomi dan sosial melibatkan perhimpunan ramai atau sentuhan badan yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan masih tidak dibenarkan.

Ini termasuklah aktiviti panggung wayang dan bazar, sukan bola sepak dan rugbi.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, KKM juga menasihatkan supaya majikan supaya memberi penekanan dalam melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bakal menyekat jangkitan wabak itu.

Beliau juga berkata kawalan sempadan masih dikekalkan dan diperketatkan.

“Bandingkan negara lain yang beri kelonggaran atau hentikan PKP, kawalan sempadan juga dihentikan. Kita kekalkan dan perketatkan kawalan sempadan,” katanya.

Noor Hisham berkata, negara dilihat telah berjaya melandaikan keluk kes Covid-19.

“(Pada) 14 April lalu, kita berjaya landaikan lengkuk. Hari ini (keadaan) kita terkawal dan (jangkitan) kita hanya 2 angka sejak seminggu lalu

“Ini bererti kita berjaya landaikan (keluk) kes. (Kita) berjaya elak peningkatan secara mendadak,” katanya.

Noor Hisham berkata, kerajaan juga akan menekankan perlindungan untuk golongan yang perlu lindungi seperti warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).

Beliau juga berkata semua pihak perlu terus mengamalkan penjarakan sosial, tidak berhimpun dan menjaga kebersihan diri.

Sementara itu katanya, kes positif Covid-19 melibatkan rakyat yang pulang dari luar negara bertambah sebanyak 12 kes menjadikan jumlah kesuluruhan 263.

“Individu yang dikuarantin sejak 3 April adalah sebanyak 25,031 dan jumlah yang selesai dikuarantin 11,119 orang,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan