Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir beri alasan lagi. Ini versi keberapa?


SHAH ALAM - Hilang kepercayaan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi faktor Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Menerusi paparan video yang dimuat naik di Twitter dan Facebooknya hari ini, Dr Mahathir mendakwa, kepimpinan parti itu membuat keputusan bertentangan dengan nasihatnya.

Dr Mahathir berkata, cadangan parti supaya Bersatu keluar daripada PH tidak ada asas yang baik kerana beliau disokong sepenuhnya oleh PH ketika mesyuarat PH pada Jumaat 21 Februari yang meluluskan bahawa beliau bebas menentukan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Apabila keputusan itu dibuat dan saya mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pakatan Harapan. Saya beritahu kepada (Presiden Bersatu, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).

"Jadi, apa sebabnya saya hendak keluar daripada Pakatan Harapan. Kalau ada sebab-sebab lain tunggulah, kalau ada sebab lain (itu) saya akan keluar daripada Pakatan Harapan," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, permintaan supaya Bersatu kekal dalam PH ditolak Presiden Bersatu yang berpendapat bahawa parti itu perlu mengambil tindakan keluar daripada PH.

"Katanya (Muhyiddin), kalau tak keluar maka orang Melayu akan hancur, akan dihancurkan oleh DAP. Saya tidak yakin DAP dengan begitu mudah boleh menghancurkan orang Melayu.

"Sebab itu saya berkata, tunggulah kita ambil masa sedikit. Fikir mendalam dengan tindakan keluar daripada Pakatan Harapan," katanya melalui paparan video di blognya itu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, PH adalah perikatan yang dipilih rakyat dan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya lagi, Bersatu bersama PH dan dengan sokongan gabungan itu, Bersatu mendapat kemenangan dalam pilihan raya berkenaan.

"Takkan tiba-tiba kita hendak tolak dan bekerjasama dengan parti yang kalah (UMNO). Parti yang terlibat dengan rasuah, dengan pencurian wang dan lain lain.

"Kita tolak parti kita dan masuk dengan parti yang kalah ini dan parti ini yang dipengerusikan oleh (Datuk Seri) Najib Razak akan menjadi kerajaan.

"Mereka (Bersatu) tidak peduli pendapat saya. Mereka keluar daripada Pakatan Harapan. Saya fikir dengan mendalam dan saya fikir kalau dah parti saya tolak saya, maka saya perlu lepaskan jawatan saya.

"Saya kembali menjadi Pengerusi Bersatu tetapi tidaklah menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Kita sudah keluar daripada Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan pun sudah jatuh akibat daripada kita keluar Pakatan Harapan," katanya.

MR :  22 tahun memerintah di tak pernah buat salah, yang salah semuanya orang lain. Anak-anaknya kaya dengan sendiri keran hebat berniaga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


31 ulasan:

  1. Pandainya orang tua ni menuduh rasuah umno yang dia ketuai lebih dari 22 tahun. Siapa yang mengajar dan membiar budaya rasuah berluasa kalau tidak hang? Sekarang se enaknya menuduh orang lain. Satu masa nanti Allah akan buka rahsia awak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dia pandai mencipta alasan nk lari dari perbuatannya yg menyebabkan menteri DAP bungkus takut dia dipersalahkan.Ya ini orang x pernah buat salah,org lain yg salah.

      Padam
    2. Fikir-fikir kan.....

      Apabila mereka telah disucikan.
      - menteri kereta terbang.
      - menteri sembur..
      - mak lampir.
      - perogol amah
      - penembak babi
      - menteri uec

      Noted.
      YB lompat parti haram gajinya bagi anak bini makan.
      (YB Nasrudin Tantawi@ulama pas)

      Walaupun kerajaan tebuk atap ini berdiri tanpa manifesto.

      Maka adalah terbaik menyelesai kan bbrapa tuntutan & janji pemimpin umno pas pada kerajaan dulu dilaksanakan.

      - jgn simpan kes azmin.
      Masa anwar, syaifol mengaku diliwat & membuat laporan polis..
      Anwar didakwa & dipenjara tanpa ada video..
      Haziq pun mengaku diliwat Azmin.
      Bila nak dakwa azmin pula ?

      - segera kes adib.
      - dakwa perogol amah.
      - jgn lulus uec
      - mansuhkan sekolah vernakular
      - mansuh ptptn@pas
      - YB umno pas istiharkan harta@arahan pm.
      - siarkan siaran lansung perbicaraan najib dimahkamah@najib
      - membawa kes terowong LGE@umno
      - menyiasat & mendakwa penjualan aset TH & Khazanah@mad hasan
      - Menyiasat & mendakwa kekayaan keluarga Tun@umno
      - laksanakan hukum hudud@ruu 355.

      Sekarang dah jadi kerajaan.

      Laksanakanlah.

      Bercakap mudah.
      Laksanakan belum pasti.

      Ingat menteri pas@takiyudin yg jaga kementerian uu.
      Harapan yg berpanjangan.
      Jangan sucikan pula pemimpin PN yg sedang disiasat & dibicarakan.
      - kes duit yayasan@zahid.
      - kes permit@bayaran levi@zahid.
      - kes src@najib.
      - kes 1mdb@najib.
      - kes solar@rosmah.
      - kes bung mokhtar.
      - kes ku nan.
      - kes nasarudin@pas.
      - kes pas terima duit umno
      - kes hadi cautim SR.
      - kes mazlan@1mdb.
      - kes shahril samad@1mdb.
      - kes pkpz@mca.
      - kes perwaja.
      - kes maika holding@mic

      Ingat.
      Rakyat Kerajaan Tebuk atap boleh lah ditipu@dikhianati.

      Tapi negara luar tidak.
      Mereka memperhatikan kita@malaysia

      Cukuplah kita dimalukan dgn hanya 1% saja negara luar yg iktiraf kerajaan pengkhianat nasional .

      Itu belum lagi istilah-istilah bodoh dari pasukan menteri khianat.
      - air suam@menteri kkm
      - menteri 500 negara.
      - menteri 15 negeri di malaysia
      -doremon@rina
      -borang balik kampung@sabri
      - dron@anuar musa
      - makcik kiah@pm
      - tik tok@men pengajian tinggi
      - gunting rambut@dalam lipatan@azmin
      - menteri hewa@bodoh@Tuan man
      - RM 2 juta duit poket@ku nan
      - buloh betong@menteripas
      - langgar arahan pkp@timbalan menteri@exco pas.


      Bila nak tunai kan manifesto lama.
      - Laksanakan hukum hudud dikelantan@pas.
      - air bersih menyeluruh@pas.
      - Perumahan rakyat@umno.
      - Turun harga kereta@umno.

      Jangan lupa laksanakan GST, kerana ia baik utk ekonomi rakyat@umno

      Apa cite kerajaan tebuk atap ni yg baru berumur 2 bulan jual saham tnb@khazanah ?

      Yg paling hebat..
      Fitnah besar seorang ulama pas kepada anwar & amanah@presideng pas.

      🙈🙈🙈🙈🙈🙈

      Padam
    3. Apa benda hang dok merepek ni setaaaaan. Dok campur aduk dengan kes benar dan fitnah. Jangan jangan kau ni upahan dajjal.

      Padam
    4. Arif Muluk...antara nama2 dan sifat MULIA ALLAH....JANGAN nak menghina dgn sikapmu yg tidak sesuai dgn nama yg diberi.Ada kes2 yang dibicara dan didakwa..bidang mahkamah .SILA BAWA BUKTI SAHIH YANG FITNAH PAS TERIMA WANG UMNO SERTA YANG LAIN.MENGENAI HUDUD..ADUN KELANTAN TELAH LULUSKAN LAMA.yang jadi HALANGAN di peringkat persekutuan untuk PINDAAN RUU. PN yang MENANG TANPA BERTANDING baru 2 bulan...sedang berjuang MASALAH NYAWA DAN KESIHATAN RAKYAT.menyalak ke kamu semasa ISU-ISU PAKATAN HANCING dan P unah H arapan yang jelas banyaknya kemunafikan berlaku dan cetus kegusaran umat ISLAM pelbagai isu HINA NABI/LGBT/LTTE/ARAK/manifesto/ICER
      STATUS ROM/UEC/JAWI/ELAUN KRITIKAL PA/HINA DAN KECIL SERTA MANSUHKAN PENCEN..JUAL HARTA TH/HUTANG NEGARA TRILION /NAK angkat PELIWAT JADI PM/lebihkan isu peribadi bila nak jadi PM..AKHIRNYA puak sendiri yang meruntuhkan tapi salahkan perampas kuasa/pintu belakang/pengkhianat..SYUKUR PN menang TANPA BERTANDING untuk RAKYAT.jika dibandingkan menang PRU tapi jadi MUNAFIKUN pada rakyat...di AMANAH tapi KHIANAT..BERJANJI ..MUNGKIR..BERCAKAAP..MENIPU..MUNAFIK tempatnya NERAKA paling bawah sekali di AZAB ALLAH

      Padam
    5. Ariff muluk terbaik.. Biasalah bila dah tak boleh terima fakta kebenaran mula la tuduh org cakap merepek,panas telinga la tu..kalau korang lebih suka cium pipi dan kaki penyamun silakanlah..tak sesiapa paksa dohh

      Padam
    6. Kesian jugak arif muluk ni. Spesis mcm ni dah mula kurang bila PH memerintah. Dan hampir pupus lepas PH tumbang. Rare spesis mcm ni. Kalau tgk pointnya mudah sgt. Jem dah dia. Tp ramai kawan2 yg mcm ni biasanya diam je. Sbb bila buka mulut jd mcm ni la.. Layan je la.

      Padam
    7. Hahaha.arif muluk.kuat betul dan rajin kutip pelbagai fakta dan yang di rasa ya boleh nk spin orang ramai.cepat sangat terpengaruh.tu yang nk pertahankan parti dia PH.
      Dulu berjanji tinggi langit.
      Janji macam2 itu ini.
      Bila di beri peluang tak nak guna.
      Dah dapat asik nk spin.
      Dalam parti bercakaran asik nak rabut sesama sendiri.tak nak mengaku.rela jual diri untuk apa yang nampak di depan mata.bangsa dan agama tergadai.spin lagi cakap untuk kepentingan melayu dan islam.apa yang penting melayu islam.agam di hina di diamkan.sbb DAP ada senjata besar konon.tapi lupa ATOK dah pasang perangkap.atok biarkan.atok bagi rakyat nampak parti kunco-kunco PH punya perangai.atok kasih game.atok jatuh si polan tu,atok naikkan si polan lagi.kemudianan atok tendang lagi.last kunco-kunco PH terlopong.
      Kalau nak kutik dari berita apa pun banyak sangat nak tulis dalam ni pasal PH.
      Tidakkan tu penting dari berkata janji itu ini.
      Time masa negara di landa cov19 ni.time ni la di nak senaraikan.ingat senarai apa tadi rupa senarai budak yang baru nak up belajar politik.tak fikir kot.
      Lihat apa berlaku sekarang.jangan sibuk dok politik kalau baru kaki sebelah masuk kedalam politik.cukup-cukuplah.
      Rakyat tak buta.rakyat tak pekak.
      Kami melihat.

      Padam
  2. Dah la.Cukupdah.Kubur kata mari,rumah kata pergi. Hidupni tak menongkat langit.Celaru malayssia kerana mahathir dan anuwar

    BalasPadam
  3. SEJARAH MALAYSIA
    1. 22 tahun Pm,
    2. 22 bulan PM,
    3. 2 kali jadi Pm,
    4. 2 kali jadi Ketua pembangkang,
    5. 2 kali jadi Menteri Besar Kedah
    6. 2 KALI BONUS TAHUN 2020 OLEH PM MY DARI PN

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh masukkan kt dalam subjek Sejarah pelajar tigkatan 1,2 dan 3 ni..

      Padam
  4. Terima Kasih TMY beri bantuan kepada Pesara Kerajaan ,tak harapkan PM yg lain

    BalasPadam
  5. Tolong lah tun...rakyat betul2 DAH MUAK MUAL lah dgn cerita, alasan dn tuduhan rasuah/rompak/penipu....thdp semua org yg tak menyokong tun dn anaknya serta kroni..... Nak tunggu sampai kes2 lama tun diungkit keluar....so SUDAH CUKUP lah yea tun.... Terus terusan nti jgn sampai terjerut leher sendiri....lagi parah.... Bangkai GAJAH tu tutup dlu sebelum nk mengorek bangkai KUCING..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas ni boleh bukak kes baru dh..

      kes rasuah dn salah guna kuasa 23 tahun..

      BBMB
      PERWAJA
      SAHAM TIMAH
      Banyak lagi oii kalau nak list down..malas aku

      Padam
  6. melayu mudah lupa mahatir telah membuat Umno dharamkan hgga wujud Umno baru.jangan lupa kes MEMALI yg tergantung hingga kini....INSAFLAH SEMUA.

    BalasPadam
  7. Kalau blh fikir2 lah prg ke tanah suci berdoa pd Allah SWT mohon suci kan hati yg selama ini mungkin banyak buat kesilapan, Allah SWT tak zalim pd hamba nya,mungkin dpt satu Nur cahaya dr nya.

    BalasPadam
  8. Tak tahu apa nak cakap tentang Tun M. Yang kita nampak dia masih lagi anggap dia jaguh. Tun M tak penat ke. BERTAUBATLAH selagi nafas masih ada.

    BalasPadam
  9. Dah nyanyok orang tua ni kalau mudah orang tak teragak-agak macam dia tu baik sangat aku kenal sangat orang tua x pernah bantu rakyat lebih-lebih panggil rakyat ikat perut pasal dia nak buncitkan perut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu saudara sy bersetuju dgn anda,.masa orgtua ni jdi Pm pendidikan x ade yg free smua nk kna bayar,..pasti smua xkn lupa yuran peperiksaan SPM pun kna bayar masa dia memerintah..rm80 klau x silap...

      Padam
  10. Jgan fikirkan kelompok politik besatu dan ph je...jutaan rakyat dah x senang dgn cara perentahan ph yg nampal lagi terang membelakang kan kepentingan rakyat dgn rancangan yg x masuk akal di lantik ke kejawatan penting org yg bkan asal nya dri malaysia org bleh melindungi kepentingan sesaorang 22 thun dulu pun cam tu juga..dah spai masa tingal kan dunia politik rehat laj harta benda fah betimbun tak habis makan 100 keturunan...x payah lah nak tuduh2 org pencuri perasuah dan bagai2...selagi x sabit kesalahan nya blum salah.

    BalasPadam
  11. Kepala perompak menuduh org lain merompak.. X rompak anak boleh kaya ke

    BalasPadam
  12. Bonus umur 95 tahun. Masih ada peluang untuk henti bercakap merapu.masih ada masa untuk diam,muhasabah dan taubat. masih ada bersisa. Cukupdah.Usah peduli kemaruk jawatan PM. Masa dah tamat. Lubang kubur semakin meluas dan rumah semakin sempit untuk kita...Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua.Akhirnya kita jadi makanan ulat tanah

    BalasPadam
  13. Org tua mcm tun mana pernah buat salah,semua yg dia buat betol belaka,,anak2 dia dgn korni2 dia kaya pun bukan salah dia,anak2 dia kaya sbb rajin berkerja daripada bermodal kecik sampai jadi bellioner sama jgk dgn korni2 dia semuanye rajin2 belaka,,yg malas pada tun rakyat mcm kita ni terutama sekali org melayu,sbb tu kita tak kaya mcm anak2 dia,,celaka pun org tua,dah tua tak nk mampus2.

    BalasPadam
  14. Dedulu saya mengiakan juga apa yang si arif muluk bebelkan tapi setelah 22 bulan saya melihat logik, fakta sebenar rupa rupa segala berita yang arif muluk ulang ulang itu rupa rupanya datang dari ciri ciri orang yang fasiq serta munafiq iaitu tuduh dulu, benar salah lain cerita, konsep serangan ialah reka perpeksi dan rosakkan nama musuh politik. Saya ingatkan najib yang dikatakan perompak dan penyamun itu menyimpan berbilion ringgit hasil rompakan tetapi rupa rupanya bila dibicara dalam mahkamah habuk pun tarak.Sejak itu saya tak percaya dan tidak rela dikencing lagi oleh berita berita dari puak puak ph.Alhamdulillah..Sekarang Islam dan Melayu lebih selamat dan hubungan kaum tidak lagi panas. Saya juga fikir ph parti suci tanpa rasuah, rupa rupanya segalanya satu fatamorgana belaka. Dalam 22 bulan pun bermacam kerosakan berlaku.. Tak dapat dibayangkan kedasyatan jika dibiarkan ph memerintah dalam satu penggal...Jika perkara simple dan basic pun ph berbohong kepada rakyat, sementelah lagi perkara perkara yang rumit dan teknikal

    BalasPadam
  15. Tun rakyat bukan bodoh,yang bodoh ko tun,kuasa di tgn rakyat menentukan siapa yang rakyat pilih untuk mnjdi pm,pm tak ada kuasa,pm hnya berkuasa bila dia jd pm,tpi masa pilihanraya rakyat akan menjadi raja dan berkuasa untuk memilih kerajaan,so ini nak nasihat kat hang tun,jgn tembirang dan ego ye,

    BalasPadam
  16. Tun M mungkin teringin sangat nak duduk dlm penjara.sebab tu lah tun asik tuduh Umno rasuah sampai masa nanti makan diri sendiri

    BalasPadam
  17. tu la pasaknya.. asyik tuduh umno merompak padahal dia yg merompak. dh tua2 x sedar diri masih nk giler kuasa sepatutnya dh tua2 ingat tikar sembahyang nie x asyik politik2 sapa nk sokong atok yg kuat kencing nie kuat fitnah x sedar diri tu dh tua.

    BalasPadam
  18. "Saya kembali menjadi Pengerusi Bersatu tetapi tidaklah menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Kita sudah keluar daripada Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan pun sudah jatuh akibat daripada kita keluar Pakatan Harapan," katanya.

    lepas ni penjilat pakatan harapan boleh bertenang ye..
    Mahathir dh ngaku dia yg jatuhkan PH.

    sekian harap maklum

    BalasPadam
  19. Tun M sudah hilang pengaruh.

    BalasPadam
  20. Saya syorkan TSMY buka kertas siasatan bagi semua kes membabitkan Tun Mahathir dalam kes-kes skandal Forex, Memali, Perwaja Steel dan sebagainya. Sila dedahkan segalanya. Kami rakyat teringin sangat nak tengok dia masuk penjara bersama anak-anaknya yang rompak duit rakyat. Tak kiralah tua ke muda ke. Kita perlu masukkan dia dalam penjara.

    BalasPadam
  21. Masaalah nya yg hang pi letak jawatan sebagai PM buat apa. Di situ bermulanya segala kekalutan...lepas tu hang nak salahkan orang lain. Tambah parah lagi....nak balik jawatan tu..tak gila ka? Buruk siku punya orang. Sorrylah panggil hang hang jer.... Dulu Tun mmg idola aku... Tp la ni antara orang yg aku paling meluat. Mintak maaf la No..

    BalasPadam