Header Ads

ads header

Flash News

Penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri RM500, pesara RM250



KUALA LUMPUR – Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500 pada 20 Mei ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 berkata, pesara kerajaan yang menerima pencen juga akan menikmati bayaran khas sebanyak RM250

“Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 adalah seperti berikut: pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘contract of service’; pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

“Bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada guru interim; pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak mendapatkan khidmat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya,” katanya dalam pekeliling itu.

Jelas Mohd khairul Adib lagi, pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971 turut layak menerima bantuan itu.

Dalam pada itu, Mohd Khairul Adib berkata Pekerja Sambilan Harian (PSH) masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 turut menerima bantuan khas itu RM500 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

“Pesara yang dilantik semula secara ‘contract of service’ dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 layak diberi bantuan khas itu sebanyak RM500.

“Pembayaran RM250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya RM250 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” katanya. – MalaysiaGazette


MR :  Dalam keadaan negera berhutang, tekanan ekonomi covid, minyak pula jatuh harga, kerajaan mampu bayar bonus. Sebelum ini PH tipu rakyat, cekak duit negara buat apa?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sejarah malaysia merdeka pada tahun 2020 DUA KALI DIBERI BONUS Oleh Kerajaan PN, berPerdana menteri MY.
    PH nak kata apa?PH nak kata Apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. P unah H arapan P akatan H ancing merintih sentiasa KATA negara tidak ada wang laba serta hutang berTRILION

      Padam