Header Ads

Header ADS

'Muhyiddin akan kekal PM walau undi tak percaya dibuat'


Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi yakin Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai perdana menteri jika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Beliau yang juga anggota Parlimen Tumpat memberi gambaran betapa perancangan pembangkang itu akan gagal.

"Kalaupun undi tak percaya itu berlaku dalam Parlimen, saya amat yakin bahawa kerajaan dan perdana menteri mempunyai undi yang cukup.

"Cuma saya nak sebut dalam keadaan rakyat susah, dengan masalah Covid-19, dalam usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memutuskan rantaian jangkitan, dalam keadaan rakyat berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP), pemimpin politik sepatutnya meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

"(Pembangkang perlu lihat) Kepentingan dan keselamatan rakyat, dan memberikan tumpuan pemikiran ke arah menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat loji benih padi Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong, Kota Bharu, hari ini.

Pada 8 Mei lalu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan Anggota Parlimen Langkawi, untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyidin.

Beliau memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Bagaimanapun usul tersebut mungkin tidak dibawa ketika sidang pada 18 Mei ini, yang dijadual berlangsung hanya sehari, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menegaskan urusan kerajaan akan diutamakan.

Sementara itu Che Abdullah berkata pemimpin politik sepatutnya memberi fokus dalam perkara melibatkan kepentingan rakyat.

Pada masa sama, beliau membangkitkan pemilihan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong setelah meyakini presiden Bersatu itu mempunyai majoriti sokongan anggota Parlimen.

"Jadi sepatutnya, proses yang berlalu dan berlandaskan perlembagaan itu sepatutnya dihormati oleh semua pihak dan mengurangkan kepentingan diri berpolitik ketika rakyat berdepan masalah Covid-19.

"Kalaupun berlaku undi tidak percaya, saya yakin pemimpin-pemimpin politik yang memikirkan kepentingan rakyat akan terus bersama kerajaan walaupun ada disebut ada pihak dalam PN sendiri yang goyang.

"Jika mereka meletakkan kepentingan rakyat yang paling tinggi, mereka akan mengekalkan dan menstabilkan kerajaan ini dan menyokong Muhyiddin," katanya lagi.


MR :  PH cakap berkobar-kobar semuanya nak tunjuk hebat sedangkan ekor bergelumang tahi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kalau usul tu gagal dan dia tak letak jawatan dia seorang yang tak ada ada prinsip. Hanya jaga perut dia saja.

    BalasPadam
  2. Andai kita telah menampar orang lain, menumbuk..menendang.. bersiap sedia lah untuk di perlakukan semula. Begitulah hakikat kerajaan PN hari ini. Kita tak perlu kata PH tidak menghormati perlantikan agong. Ya benar. Agong telah merestui PH sebelum ini. Dan juga PN telah di restui Agong dan andai PH dapat semula tampok pemerintahan..maka sudah pasti Agong juga merestuinya. Jadi.. kita tidak perlu kata pada pehak PH bahawa mereka bersikap kurang ajar atau biadap pada agong.. sepatutnya kita beri sahaja PH memerintah sepenggal dan biar mereka melaksanakan manifesto mereka.

    PN saja yang bodoh sanggup menebok atap dan main jalan belakang dengan cara kotor tanpa perduli mandat rakyatyg majoriti nya memileh PH pada pru lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Buka mata hati saudara. Jgn terlalu taksub sehingga terpaksa menipu diri sendiri. Siapa yg duk meratib bakal PM. Siapa yg desak Tun M serah jawatan. Siapa yg rancang nak buat undi tak percaya sehinggakan Tun M Gelabah dan cari sokongan. Siapa yg dah pernah jadi PM dan jadi PM semula dan susah nak serah jawatan. Siapa yg letak jawatan dan sebab tu satu kerajaan runtuh sekali dengan pintu atap tingkap. Siapa yg dah letak jawatan dan nak semula pulam jawatan tu. Siapa yg pernah ditipu tetapi ditipu lagi dan nampaknya akan ditipu lagi dan terus akan ditipu. Rasanya saudara boleh jawab semuanya. 1 lagi berkenaan dgn pintu belakang ke tebuk atap ntah. Sampai skrg pelik mcmana ye nak masuk pintu belakang atau nak tebuk atap kalau rumah dah takde. Dah roboh. Pelik kan. Tp kalau undi tak percaya terhadap PM Muhyiddin ni berjaya. Mungkin yg ni betul2 pintu belakang atau tebuk atap atau tingkap ke apa2 la. Ingat. kerajaan sekarang ni bukan kerajaan PN. Tp kerajaan Muhyiddin. Kalau nak kata Bersatu dlm gabungan PN. Dalam PH pun ada lagi Bersatu. PN tak daftar pun. Cuma gelaran je.

      Padam
  3. Jika ph berjaya usul undi tak percaya maka ada kemungkinan pembubaran parlimen oleh pm.. Jika ph bersedia untuk kalah dalam pilihan raya maka eloklah ph usulkan undi tidak percaya daripada ph terus meroyan dan mengigau.Bukan satu perkara pelik jika ph terus rakus gila kuasa kerana perangai gila ph bercambah semasa pemilihan parti, bergaduh sesama sendiri dan rakan sekutu dan kegilaan mereka dalam menentukan siapa pm menyebabkan politik tidak stabil.Ada yang membuat langkah sia sia seperti langkah kajang, langkah pd yang membazir wang rakyat dan kerajaan. Di kalangan bn dan pas tak pernah buat langkah bodoh seperti bang non. Ph juga yang bodoh dan khianat apabila membuka ruang serta peluang kepada lawan politik akhirnya tumbang dalam masa 22 bulan.Ph tidak perlu berdolak dalik kerana rumah mereka diroboh oleh kalangan sekutu sendiri kerana sudah tidak sehaluan.Jika mp ph pilih mudarat yg lebih besar untuk menempah kekalahan dan mp hilang kemudahan elaun dan faedah persaraan maka dipersilakan ph hulur tengkuk untuk rakyat sembelih kelak.Ph buatlah macam mana sekalipun.. Dalam minda rakyat ph adalah tetap dikenali sebagai penipu dan pengencing tegar

    BalasPadam
  4. Promo Lockdown Corona S1288Poker

    Deposit Pulsa Tanpa Potongan Part. 2

    Salah satu kegiatan untuk mengisi waktu luang ketika periode lockdown corona adalah bermain poker online, domino QQ, capsa susun, bandar ceme keliling, super10. Kegiatan bermain ini paling aman ketika bermain dirumah tentunya dapat dilakukan kala sendirian ataupun bersama teman-teman. Salah satu cara deposit yang sangat mudah untuk dilakukan adalah melakukan deposit via pulsa Telkomsel, XL, Axis.

    Promo Deposit Pulsa Tanpa Potongan Lockdown Corona

    • Minimum deposit 50.000
    • Maksimal deposit 2.000.000
    • Berlaku untuk 1 userid 2x perhari
    • Syarat withdraw setelah melakukan turnover 2x dari jumlah deposit
    *Contoh Deposit Pulsa 50.000, Maka Boleh Withdraw Jika Saldo 100.000
    • Pemain yang mengikuti promo deposit pulsa tanpa potongan tidak mendapatkan bonus freechip harian ataupun member baru.
    • Apabila nilai deposit dibawah jumlah minimum atau melebihi batas maksimal perhari maka dikenakan potongan, sesuai rate yang berlaku pada situs pada hari itu juga.

    NB : Promo ini mulai berlaku tanggal 27 April - 31 Mei 2020

    (Claim Freechip Disini...)

    s128cash
    s1288poker
    https://m.mbl128.cc/
    https://m.mbl128.xyz/

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.