Header Ads

Header ADS

Kini geng Azmin ada NGO yang akan membuat kejutan setelah Muhyiddin selesai masalah Bersatu


Kita hanya mendengar bagaimana PH merancang untuk menjatuhkan PN. Kita lupa salah seorang yang menjadi peneraju jatuhnya kerajaan PH Azmin Ali.

Tak banyak cerita pasal Azmin Ali. Azmin Ali pun nampak tak banyak keluar media untuk kementeriannya. Hanya sebelum ini dia ada jumpa MB Kedah. Orang nampak perjumpaan kerajaan pusat dan negeri masalh mungkin melibatkan urusan negeri termasuk masalah air.

Tapi bagi orang politik, Azmin adalah perancang yang mengatur kedudukan Bersatu dan Geng PKR yang keluar parti. Azmin takkan akan biarkan Bersatu dan orang-orang terbiar dalam kerajaan PN atau semasa PRU-15.

mengikut sumber yang rapat, Azmin kini merancang untuk membuat kejuta sekali lagi dengan merampas kalau tak separuh, mungkin hampir sepatuh PKR untuk membentuk parti yang akan bersama Bersatu untuk menguatkan kedudukan Bersatu dalam PN.

Antara keraja dibuat sekarang ialah mengukuh kedudukan dalam dalam PKR dengan orang-orangnya yang masih diarah untuk kekal didalam PKR.

Hari ini ketua sayap Wanita parti itu yang kini digantung Haniza Talha hari ini melancarkan NGO yang dinamakan sebagai Nation of Women (NOW).

Bercakap dalam sidang media selepas pelancarannya, NGO itu dilancarkan untuk menjadi platform kepada golongan wanita yang ingin memberi sumbangan kepada rakyat, terutama mereka yang dipecat daripada PKR.

"Pertubuhan NOW adalah sebagai respon kepada pemecatan ahli PKR secara beramai-ramai...Akar umbi wanita yang telah dipecat, bakal dipecat ataupun digantung oleh PKR, masih ingin menyumbang kepada masyarakat dari segi sosial dan kebajikan.

"Seperti yang semua tahu, status saya sebagai ketua Wanita PKR telah pun digantung. Walaupun saya masih ahli PKR, saya dan ramai lagi anggota PKR tidak dibenarkan untuk bergerak diatas nama parti.

"Oleh itu, saya mengambil inisiatif ini untuk menubuhkan NOW di mana wanita yang telah dipinggirkan dapat meneruskan gerak kerja di kawasan masing-masing tanpa menghadapi tekanan daripada pimpinan parti," katanya yang juga Adun Lembah Jaya.

Haniza Talha

NOW menyusuli penubuhan Pemuda Negara pada April yang ditubuhkan Adun Gombak Setia Hilman Idham dan Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin. Hilman telah dipecat daripada PKR manakala Afif digantung keahliannya.

Ketiga-tiga mereka adalah antara pemimpin PKR yang dilihat sebagai penyokong bekas timbalan presidennya Azmin Ali.

Selepas ini kita lihat bagai PKR akan runtuh seperti mana anai-anai meruntuh kayu yang kukuh dan menjatuhkan Nabi Allah Sulaiman a.s.

MR :  Nak tunggu juga bagaimana reaksi Anwar masa itu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Azmin Ali mahu tebus dosa dia. Dia terus mendekati Islam apabila sedar perbuatan jahatnya itu. Tapi ingatlah perbuatan itu adalah perbuatan persendirian dan Allah itu adalah sebaik-baik Pengampun dosa.
    Rakaman itu adalah rakaman perangkap dari kuncu Anwar Ibrahim dalam usaha utk menjatuhkannya.

    Sesungguhnya Allah yang menjatuhkan seseorang , tetapi Allah juga yang memuliakan seseorang. Tak kira betapa besarnya dosa seseorang itu , kembalilah ke jalan Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

    Kalau dia sudah bertaubat , alhamdulillah. Kita sambut baik dia dalam kerajaan dan nampaknya dia sedang menjalankan tugas dengan baik berkat kepimpinan Tan Sri Muhyuddin Yassin dan bimbigan Ulama' PAS. Tiada siapa yang dapat lepas dari melakukan kesalahan.
    Itu sebab dalam Islam ada konsep taubat.

    Indahnya Islam.

    BalasPadam
  2. Klu nak berbuat jahat dan balas dendam tak payah masukkan unsur ugama hujah ...cukup lah untuk kita berbuat jahat dengan niat dan sumber yg tersendiri

    BalasPadam
  3. Allhamdulillah Azmin,jika betul insaf bertaubatlah pintu taubat masih terbuka kerja dosa kau ngan Allah je, sal dlm Quran apa salah kita Allah terima terima taubat hambanya, lepas tu kau bantu Muhyiddin supaya jgn kalah ngan PH aku kau boleh Min.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.