Catatan Parlimen: Kali Pertama Tidak Bermakna Ia Salah Bukan..?
1. Hari ini detik yang begitu bersejarah di Parlimen.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat terpaksa mengosongkan jawatannya apabila usul yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri telah berjaya mendapat undian majoriti 111 yang bersetuju manakala 109 yang menolak.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Rashid Hasnon tidak mengundi kerana beliau berada di kerusi Speaker bagi mempengerusikan mesyuarat pada ketika usul itu diundi.
Seorang lagi Ahli Parlimen Kerajaan PN yang tidak dapat hadir dewan kerana sakit ialah YB Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili, Ahli Parlimen Kota Marudu yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
2. Sepertimana dijangka dewan begitu gamat dan kecoh tatkala usul ini baru sahaja dibuka untuk dibahaskan. Kelihatannya YB PAN Kota Raja, YB PAN Shah Alam, YB PAN Sepang antara yang paling lantang mengecam usul ini.
Dalam ramai-ramai Ahli Parlimen pembangkang yang menjerit dan memekik tadi, hanya YB DAP Puchong, Gobind Singh Deo yang mampu berbahas dengan tertib dan teratur.
3. Ahli Parlimen Pembangkang yang membahaskan usul
pengosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ialah YB Ketua
Pembangkang sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Bebas Langkawi, Tun
Dr Mahathir Mohamed.
Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan yang berbahas pula ialah YB UMNO Arau dan YB PAS Pasir Puteh.
Rasa kasihan pula melihat YB Langkawi yang begitu bersungguh mahu menolak usul tersebut tetapi dia kelihatannya hilang arah tuju apabila diasak dengan begitu kuat oleh Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan yang menyatakan semua yang berlaku sekarang berpunca daripada Tun sendiri yang berdegil mahu meletakkan jawatan Perdana Menteri walaupun tidak pernah dipaksa oleh parti-parti yang membentuk kerajaan sekarang.
Bahkan, Tun sendiri ketika mula menjadi PM Kerajaan PH pun menukar Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Pengerusi SPR.
4. Adapun Ketua
Pembangkang, YB Port Dickson yang menolak usul ini juga kelihatannya
tidak mampu menjawab persoalan apabila ditanya mengapa YB Port Dickson
sebelum ini meletakkan jawatan sehingga menyebabkan jutaan ringgit wang
rakyat terpaksa dibelanjakan bagi membolehkan beliau menjadi Ahli
Parlimen. Sama juga alkisahnya seperti Langkah Kajang dulu kan..?
Sedangkan pertukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada hari ini tidak pun menyebabkan jutaan wang rakyat terpaksa dibelanjakan.
5. Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato' Takiyuddin Hassan yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) diberikan amanah untuk menggulung bagi pihak Kerajaan.
Antaranya beliau menyebut
"Memang usul ini pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia. Tetapi perkara yang pertama kali bukanlah perkara yang 'illegal'. Perkara yang pertama kali boleh dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan di dalam Parlimen."
Antara landasan hujah Kerajaan untuk menukar Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah berpandukan apa yang termaktub di dalam Perkara 57 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan terang dan jelas;
(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya
yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatannya—
(c) jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan
sedemikian.
6. Kerajaan juga mematuhi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dalam hal
pencalonan nama baru Yang di-Pertua Dewan Rakyat sepertimana yang
terkandung di dalam Peraturan 4;
Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu
atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak
dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu
iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah
memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya
empat belas hari sebelum mesyuarat.
Perdana Menteri telah menghantar pencalonan tersebut kepada Setiausaha
Dewan Rakyat pada tarikh 29 Jun 2020, iaitu 14 hari sebelum bermulanya
mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini.
Tidak ada pun di dalam
peraturan tersebut yang mensyaratkan perlunya berlaku kekosongan
terlebih dahulu barulah pencalonan dibuat.
Jelas bukan..?
7. Rakyat dapat menyaksikan sendiri bagaimana gelagat Ahli Parlimen Pembangkang ketika perbahasan yang kecoh tadi.
Apabila usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah
berjaya diluluskan, mereka mendesak pula Dewan ditangguhkan selama 14
hari supaya Pembangkang diberi peluang untuk mencalonkan nama Yang
di-Pertua Dewan Rakyat.
Mereka ini mahu membuat lawak ke apa..?
Sebelum ini, mereka juga yang bersungguh mendesak Parlimen segera bersidang, nak bahas itu dan ini.
Tetapi, apabila Parlimen mula bersidang mereka mahu tangguh 14 hari pula.
Untuk apa.?
Bukankah Kerajaan sudah terbukti mempunyai majoriti yang cukup apabila berjaya meluluskan usul pengosongan jawatan oleh Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof.
8. Apabila Kerajaan sudah bertukar,
semestinya Kerajaan mahu membentuk pasukan kepimpinan yang punyai arah
dan hala tuju yang sama.
Ia perkara normal bagi mana-mana Kerajaan pun tetapi Pembangkang sengaja mahu membuat kecoh dan melengahkan urusan dewan.
9. Hari ini merupakan ujian pertama bagi Kerajaan PN. Semestinya ujian getir dan liku yang tajam akan terus mendatang samada kita bersedia ataupun tidak menghadapinya.
Suka atau tidak, kita perlu akui
menjadi Kerajaan yang mempunyai majoriti amat tipis ini amatlah mencabar
dan menguji daya-tahan serta kesetiaan.
Kepada Allah jua kita berserah.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Tugas-Tugas Khas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang)
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
ANTARA PENYAKIT GILLAA BABII DAN GILA KUASAA YG JADI NAFSU SERAKAH PUNAH HARAPAN PAKATAN HANCING
BalasPadamPertama kali mmg la x salah...cuma nampak bijaakk jer😆😄😁
BalasPadamSemua hal bermula dgn pertama kali. Tanpa pertama kali tak akan ada kedua kali, ketiga kali maupun berkali kali..Selagi hal itu tidak menyalahi peraturan/undang2 ia boleh dibuat berkali2...tadak masalah
BalasPadamBuat je ikut suka ati, berkali kali sampai sumua dah lali ekiki
BalasPadam