Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng keluar dari SPRM lepas 7 jam disoal siasat

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas lebih tujuh jam tiba disoal siasat mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim ditemani oleh peguam RSN Rayer ketika dia berjalan keluar dari bangunan menuju kenderaan sebelum meninggalkan kawasan bangunan SPRM.

Kedua-dua mereka tidak berhenti untuk menjawab soalan media yang menunggu di pintu masuk.

SPRM memaklumkan bahawa Lim akan hadir sekali lagi esok.

Kali terakhir beliau hadir memberi kenyataan dalam kes yang sama adalah tiga hari yang lalu dan disoal siasat selama enam jam.

Selain Lim, SPRM sebelum ini menyoal Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan bekas anggota dewan negara, Dr Afif Bahardin sebagai sebahagian daripada siasatan kes sama.

Awal bulan ini, pegawai SPRM juga mengunjungi pejabat dua exco Pulau Pinang.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew ditahan pada 1 Julai lalu dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

SPRM mula mula menyiasat tuduhan rasuah dalam projek terowong bawah laut itu pada Mac 2019.

Awal minggu ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan mengatakan siasatan di peringkat akhir.

Pemblog Raja Petra Kamarudin sebelum ini menerbitkan apa yang didakwanya merupakan kertas siasatan SPRM yang dibocorkan, yang melibatkan pemimpin DAP kerana didakwa menerima sogokan dari kontraktor projek Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC).

Lim menjawab bahawa CZC telah memenangi projek tersebut melalui tender terbuka, dan menolak tuduhan rasuah.

Merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), projek terowong bawah laut itu melibatkan pembinaan terowong sejauh 7.2km yang menghubungkan George Town di Pulau Pinang dengan Butterworth di tanah besar.

Projek itu juga merangkumi dua jalan yang menghubungkan Gurney Drive dan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dan satu lagi jalan berkembar yang menghubungkan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang


MR :  kita lihat selepas ini............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan