Header Ads

ads header

Flash News

NGO Daya tak ada kaitan dengan kumpulan Azmin kata Tian Chua


Naib Presiden PKR Tian Chua berkata NGO barunya, yang dikenali sebagai Daya, tidak ada kaitan dengan NGO yang sebelum ini ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR yang berpihak kepada Mohamed Azmin Ali.

Bekas ketua Wanita PKR Haniza Talha melancarkan Nation of Women (NoW) bulan lalu, sementara Adun Gombak Setia Hilman Idham dan Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin mengasaskan Pemuda Negara pada bulan April.

Mereka semua berpihak kepada Azmin yang merupakan bekas timbalan presiden PKR.

Ketika ditanya apakah penubuhan NGO baru itu adalah sebahagian dari proses pembentukan sebuah parti politik baru, Tian Chua mengulangi bahawa spekulasi itu "terlalu jauh."

"Saya tubuhkan (NGO) ini kerana kita ada falsafah sendiri yang telah kita sampaikan dalam ucapan.

"Bolehlah sesiapa nak bandingkan dgn NGO lain untuk lihat metodologi itu berbeza. Kita tak berkontradiksi dengan mana-mana pihak.

"Secara kebetulan mereka wujudkan pergerakan masing-masing. Bagi saya bukan bermaksud kita akan bersama untuk wujudkan platform politik baru," katanya dalam sidang media selepas melancarkan NGO itu di Petaling Jaya.

Untuk rekod, Tian Chua sebelum ini mendedahkan akan membentuk sebuah NGO "berorientasi aktivisme" pada Mei lalu.

Namun, ketika ditemui semasa pelancaran NGO yang ditubuhkan Haniza, Tian Chua enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Mereka yang hadir hari ini termasuk Hilman, Afif, Haniza, bekas anggota PKR Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegubard; dan bekas ketua penerangan Wanita PKR Syarul Ema Rena Abu Samah, juga dikenali sebagai Ratu Naga.

Tian Chua juga mengatakan bahawa walaupun dia masih menjadi naib presiden PKR, dia sekarang akan menumpukan usahanya dalam NGO baru itu.

"Saya tidak meninggalkan politik. Saya masih naib presiden PKR. Pada masa ini saya bukan ahli parlimen.

"Saya rindu keterujaan menjadi ahli parlimen. Mungkin saya akan kembali bertanding (dalam pilihan raya umum).

"Tetapi sekarang saya ingin menggunakan tenaga dan pengalaman saya untuk menghasilkan momentum..saya membawa orang dari pelbagai kumpulan dan menghidupkan kembali semangat aktivisme," katanya.

Mengenai NGO baru itu, Tian Chua mengatakan dia akan mengumumkan program-program khusus dalam waktu dekat untuk golongan yang menghadapi kesukaran akibat pandemik Covid-19.



MR :  Nanti Azmin buat kecutan kedia... terbelah lagi PKR............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan