Taar kenderaan Guan Eng pancit, lambat beri kenyataan kepada SPRM

PUTRAJAYA – Kelibat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak kelihatan kerana tayar kenderaan yang dinaikinya pancit pagi tadi.
Guan Eng yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan sepatutnya menyambung memberi keterangan pada jam 10 pagi sebagai saksi dalam kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang.
Guan Eng menulis dalam laman sosial Facebook beliau bahawa kenderaan yang dinaikinya bersama RSN Rayer pancit ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
“Tayar kereta pancit semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama Sdr Rayer. Terima kasih kepada anggota PLUSRonda Encik Anas dan En Firdaus yang datang untuk memberikan bantuan.
“

“#DahSettle,” tulisnya.
Dalam pada itu, salah seorang daripada pegawai SPRM memberitahu media, Guan Eng masih lagi dalam perjalanan dari Simpang Pulai. -MalaysiaGazette
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan