Header Ads

Header ADS

Kemuka rayuan dalam masa tiga bulan – Shafee


KUALA LUMPUR:
Kesemua hujah pihak pembelaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak disentuh oleh hakim Mahkamah Tinggi adalah keadaan yang terbaik untuk dikemukakan ke Mahkamah Rayuan.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau gembira kerana pihak pembelaan mempunyai peluang yang cerah untuk melawan perbicaraan kes itu nanti.

“Bila Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan, kesemua hujah pihak pembelaan tidak disentuh oleh hakim, jadi bagi saya ini adalah senario yang terbaik untuk melawan kes ini di Mahkamah Rayuan.

“Untuk kes ini, hanya seorang hakim yang mendengar (di Mahkamah Tinggi). Di Mahkamah Rayuan ada tiga orang hakim, di Mahkamah Persekutuan ada tujuh orang hakim yang biasanya mengendalikan kes seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Muhammad Shafee berkata, beliau akan mengemukakan rayuan berkenaan kes tersebut dalam masa tiga bulan bagi pusingan pertama dan empat bulan bagi rayuan seterusnya.

“Saya ternanti-nanti rayuan seperti ini tidak seperti mana rayuan sebelum ini yang saya pernah kendalikan.  Ini adalah rayuan paling mengujakan, jadi kami mahu teruskan secepat yang mungkin,” katanya.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 72 tahun denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. Bagaimanapun, beliau hanya menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana hukuman berjalan serentak.  -UTUSAN ONLINE

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.