Header Ads

Header ADS

Tetamu lewat malam dan erti sebuah ‘Persaudaraan’ dalam Islam


Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kalian saling dengki, menipu, marah dan memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang Muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap Muslim atas Muslim yang lain, haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Riwayat Muslim)

Memilih sahabat yang baik sangat penting kerana sahabat banyak menyumbang pada peribadi seseorang. Dalam sedar atau tidak, sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (hadis riwayat Abu Daud)

Ciri sahabat yang baik memang banyak, tetapi yang paling utama ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah dan mengajak supaya menjauhi larangan Allah. Dari Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah ditanya : Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab, “Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalanya.
(Hadis riwayat: Imam Abdu bin Humaid)

Carilah sahabat yang membantu sahabatnya menunaikan amanahnya serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat, dia juga mendorong sahabat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebab itulah pepatah mengatakan bahawa sahabat ketawa senang dicari tetapi sahabat menangis seorang pun belum tentu pasti. Perjalanan kes Najib Razak hari ini telah membuktikan sebahagiannya. Rakyat hadir dari pelosok negara dengan pelbagai latar memberikan sokongan bukan kerana kepentingan politik mereka, bukan kerana kontrak atau projek tapi hanya kerana rasa ukhwah persaudaraan yang lahir dari budi pemimpin kepada rakyat.

Sebahagian lagi mereka yang dikatakan sahabat rakan seperjuangan bukan sahaja tidak hadir malah menunjukkan rasa simpati pun jauh sekali. Malah tanpa rasa bersalah menyimbah cuka di dalam luka.. Namun begitulah kehidupan yang mencerminkan tahap keimanan seseorang.

Hakikatnya, kesempurnaan iman seseorang tidak hanya setakat beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, bahkan menjaga hubungan sesama Mukmin juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman.

Oleh itu, umat Islam harus menghayati seruan Nabi Muhammad SAW supaya menjadi Mukmin yang benar-benar mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Sifat saling menyayangi, memelihara ukhuwah dan sentiasa membina tautan hati dengan kasih pasti mendapat barakah serta rahmat Allah SWT.

Firman-Nya yang bermaksud: “Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al Hujurat, ayat 10)

Lewat malam tadi Najib Razak mereka tetamu malam yang tidak disangka.. namun itulah erti sebuah persaudaraan dalam Islam..

 Yeop Karai

 Catatan lewat beliau..

Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang.
Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.
Sahabat yang sejati sukar ditemui.
Jika di sisi, saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT
–  Najib Razak


# LINK

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.