Header Ads

ads header

Flash News

Pas hormati proses mahkamah, kekal iltizam dalam Muafakat Nasional


PAS
mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini.

PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) yang didukung oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

PAS yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 7 Zulhijjah 1441 / 28 Julai 2020

– HARAKAHDAILY 28/7/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. SAYA TETAP PENGUNDI MUAFAKAT NASIONAL PADA PRU15!
    AMIN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik saudaraku..saya pun undi PN..

      Padam