Header Ads

Header ADS

Memang Kecewa keputusan mahkamah kata Najib



Najib mengakui kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, tetapi beliau akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan secepat mungkin untuk membersihkan namanya.

“Saya amat kecewa dengan penghakiman dalam kes SRC kerana pihak kami yakin Shafee Abdullah dan peguam saya sudah kemuka hujah-hujah yang boleh bawa kepada banyak keraguan dalam kes ini, namun ia tidak diterima.

“Saya berharap apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan, ia akan didengari segera kerana saya ingin teruskan usaha membersihkan nama saya dan perjuangan ini tetap saya teruskan.”

Beliau turut mengulangi dirinya tidak meminta atau ditawar RM42 juta.

“Saya sudah ulangi sumpah bahawa saya tidak minta mahupun tawarkan ataupun dalam pengetahuan saya tahu tentang duit RM42 juta yang dikatakan masuk dalam akaun saya. Jadi, ini satu pengakuan kerana saya nak menyatakan dengan tegas bahawa pendirian saya adalah benar.

“Saya sanggup lafaz sumpah 2 kali supaya ia dirakamkan dalam pengakuan yang tegas dan benar yang saya buat.”

Beliau berharap rayuannya akan diadili sebaik mungkin kerana hanya seorang hakim yang membuat keputusan di Mahkamah Tinggi berbanding panel 3 hakim di Mahkamah Rayuan.

Najib dan barisan peguamnya meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hampir 10 jam berada di dalam mahkamah sejak 10 pagi tadi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Malaysian Official No.1 yg
    bodoh saja masuk kan duit dalam akaun sendiri.

    BalasPadam
  2. Dalam keadaan yang lara dan tersepit manusia akan akhirnya berserah ke yang Maha Esa dan menzahirkan setinggi mana pangkat kamu didunia, kamu hanyalah hambanya. Keadilan tidak dapat dilaksana bila diadili oleh hamba yang lain. Keadilan hanya dapat diadili bila mana sesuatu yang lebih agung dari hamba menjadi hakim.
    Kepada DSN dengan semangat berjuang yang diberi oleh Allah, gunakanlan bara kesinambungan ini untuk menegakkan perintah Allah ditempatkan diatas segala galanya untuk mendapat keadilan sejagat.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.