Header Ads

ads header

Flash News

Lagi Langkah Sumbang Saifuddin Abdullah


Saifuddin Abdullah sekali lagi membuat ‘langkah sumbang’ sejak menjadi Menteri Komunikasi apabila mengambil tindakan terhadap pemberita Bernama TV yang hanya mengekspresikan kekesalannya terhadap Al Jazeera yang jahil akan realiti semasa Malaysia sehingga tahap memfitnah negara.

Bagi saya, tindakan pemberita tersebut, Herleena Pahlavy adalah satu manifestasi sifat berani dan patriotik yang tinggi. Malah selepas beliau diambil tindakan sekalipun, Herleena teguh mempertahankan apa yang dilakukannya itu.

Sebenarnya, dalam isu ini Saifuddin hanya perlu berdiam diri sahaja atau jika mahu ambil tindakan sekalipun, mengapakah perlu mengumumkannya di media? Apakah Saifuddin sangka dengan berbuat demikian, beliau akan dilihat sebagai seorang ‘hero’? Saya pun tidak faham apa sebenarnya yang mahu beliau buktikan.

Perlakuan ‘spontan’ Saifuddin ini secara tidak langsung memaparkan kepada kita akan tahap jati diri dan patriotisme beliau yang sebenar. Dan banyak lagi isu-isu yang dipalitkan dengannya yang membuktikan sedemikian. Seorang pemimpin, terutamanya seorang menteri seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Saya sangat bersimpati dengan Saifuddin kerana sejak jadi menteri, ada sahaja yang tidak kena yang beliau lakukan sehingga mengundang kemarahan rakyat. Beberapa minggu lalu, beliau terpalit dengan isu lantikan Eric Paulsen. Manakala ketika menjadi Menteri Luar semasa dalam Pakatan Harapan, kita tidak lupa pada dua isu terbesar iaitu ratifikasi ICERD dan Statut Rom. Lepas ini, kita tidak tahu apa pula isu yang menimpanya lagi.

Akhir sekali, saya sekali lagi ingin ucapkan syabas kepada rakyat Malaysia yang telah bersuara membela maruah negara yang cuba dirobek-robek oleh media antarabangsa sehingga sedikit-sebanyak dapat membersihkan nama negara. Ini bukti bahawa kita sayang dan bangga dengan negara kita. Teruskan!

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
10 Julai 2020

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Wahai TSMY,
    Sila buang Menteri Komunikasi bodoh ni. Banyak orang lain yg kamu boleh pilih tapi bukan Menteri bodoh camni.

    BalasPadam
  2. Aku ini adalah penyokong MN Dan PN. Jika kerajaan PN gagal menangkap Dan menghukum pembunuh-pembunuh Adib Dan orang-orang yang bersubahat dengan mereka, Aku Dan saudara mara Ku tidak akan mengundi PN Dalam PRU 15.

    Dan Aku tidak akan membela MN dan PN dan tidak akan menentang cybertrooper ternakan Pakatan Hancing dalam internet walaupun sebelum ini Aku sibuk menentang fitnah-fitnah mereka dalam internet.

    Aku sedang menunggu dan melihat tindakan kerajaan PN seterusnya berkaitan kes Adib.

    BalasPadam
  3. buang ja la menteri bodoh sekor ni...
    tak habis habis nak menyusahkan rakyat ja.

    kalau tak patriotik.. tk payah jadi menteri

    BalasPadam
  4. Terima kasih diatas artikel ini.

    BalasPadam
  5. Balasan pengkhianat amin ya allah

    BalasPadam