Header Ads

ads header

Flash News

Najib boleh jalankan tugas ahli Parlimen sehingga rayuan selesai, kata speaker


KUALA LUMPUR:
Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa masih boleh menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen Pekan sehingga selesai proses rayuan, kata Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, bekas perdana menteri itu juga boleh menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung sehingga 27 Ogos ini.

“Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, taraf beliau sebagai ahli Parlimen tidak berubah sehinggalah semua proses rayuan selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut seorang ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika beliau dihukum penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

Najib, 67, didapati bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang dan penyalahgunaan kedudukannya membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan ke atas Najib.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap 3 kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang, manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara 5 tahun dalam kes penyalahgunaan kuasa.

Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

# FMT


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan