Header Ads

ads header

Flash News

Sugu Mengaku Tak Bersalah Sengaja Cederakan Pavithra


IPOH – M Sugu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh sekali lagi petang ini, kali ini dengan pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, S Pavithra yang merupakan seorang YouTuber masakan sensasi.

Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan ke atas Pavithra, 28, dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini antara jam 4 petang hingga 5 petang pada Selasa lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail menawarkan jaminan RM10,000 namun, tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh mohon jaminan dikurangkan RM3,000.

Mahkamah kemudian membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes 17 Ogos depan.

Pagi tadi, di mahkamah sama, suami Pavithra itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000. – Sinar Harian


MR :  Sebabnya sangat kecil, tapi bila marah menguasai.. sesal tak guna lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan