Header Ads

Header ADS

Awas Jangan Khianati PAS, PAS ada 2 team frontline (konsep wala' PAS yang perlu difahami)


1) Wala' dalam PAS bukanlah perbuatan taksub dan dicucuk hidung sebagaimana yang dipropagandakan oleh musuh PAS. Tetapi, wala' dalam PAS adalah satu 'sistem' yang tersusun untuk PAS bergerak mengikut halatuju yang dipandu oleh pimpinan.

2) 'Sistem' wala' ini adalah berupa taat dan patuh kepada arahan dan strategi pimpinan yang dipilih melalui Muktamar, dan yang dilantik oleh Presiden. Ketaatan dan kepatuhan dalam sistem wala' ini hanya tertakluk kepada perkara yang tidak bertentangan dengan Akidah dan Syariat Islam.

3) Selagi tidak bertentangan dengan Akidah dan Syariat, ahli PAS akan wala' apa jua strategi dan arahan, walaupun mereka tidak bersetuju pada dasarnya. Ia adalah normal dalam mana-mana organisasi untuk ahli berwala' kepada pimpinan. Tanpa wala', organisasi akan berpecah, strategi akan terbarai.

4) Dalam PAS yang punyai kurang lebih sejuta ahli, semestinya mempuyai sejuta pemikiran yang berbeza, dan tentunya ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan. Tetapi yang tidak bersetuju, tidak akan membantah atau melawan setelah sesuatu arahan itu diputuskan oleh pimpinan. Bantahan dan kritikan kepada dasar dan strategi itu dibuat sebelum ia digazet sebagai arahan. Setelah diarahkan, mereka akan follow, walaupun tidak bersetuju.

5) Yang dikatakan wala' itu 'sistem' adalah wala' ahli PAS datang daripada blok yang bersetuju dan juga blok yang tidak bersetuju. Kedua-duanya meletakkan keperchayaan kepada pimpinan. Cuma, yang bersetuju akan berada di barisan hadapan untuk melaksanakan arahan. Yang tidak bersetuju pula menjadi support dari belakang. Pokoknya, wala' - tidak buat kerja tikam belakang.

6) Contohnya, bab bekerjasama dengan UMNO. Ada yang bersetuju, dan ada yang tidak bersetuju. Abaikan spesis Harumanis. Harumanis tidak termasuk dalam 'sistem' wala' PAS yang unik. Let say, Blok A: 40% bersetuju kerjasama dengan UMNO, dan blok B: 40% lagi tidak bersetuju bekerjasama dengan UMNO. Blok C pula 18% berbelah bagi.

7) Ketika PAS bergaduh berperang dengan UMNO, 40% ahli dari Blok B menjadi barisan hadapan melawan UMNO. Apa saja strategi dan arahan pimpinan untuk kitai UMNO, ahli Blok B inilah yang akan ke hadapan melaksanakan arahan parti. Manakala ahli Blok A yang mesra UMNO tidak membantah, tetapi mereka enggan berada di barisan hadapan. Mereka tidak tikam Blok B ataupun keluar parti.

8 ) Apabila PAS membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, ahli Blok A pula akan ke barisan hadapan, bekerja ke arah muafakat dengan UMNO, merancang strategi, berkomunikasi dan berprogram dengan UMNO. Manakala ahli Blok B yang tidak suka bekerjasama dengan UMNO akan duduk diam-diam di barisan belakang, menyerahkan urusan strategi politik kepada pimpinan dan ahli Blok A.

9) Begitulah blok A dan blok B bertukar-tukar giliran menjadi frontline kepada parti, dan ia menjadi satu sistem tanpa disedari. Namun yang tidak sanggup berada dalam sistem wala' ini hanya akan menyokong pimpinan mengikut selera diri sendiri, kemudian pakat keluar parti ketika parti tidak ikut selera mereka. Mereka keluar dari sistem wala' dan tubuh parti baru.

10) Jadi, parti-parti lain yang berkawan dengan PAS kena ingat, masa berkawan, PAS ada blok ahli yang sanggup berkorban untuk berkawan. Tetapi jika anda nak berperang, PAS juga ada blok ahli yang 'specialist' untuk berdepan dengan anda. Itulah sistem wala' PAS yang jarang-jarang ada pada parti lain. Walaun? Walaun tu Blok D bang...

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

#Sumber :   FB 

MR :   Penulis, terutama bekas penulis Harakah yang keluar parti bersama AMANAH tak faham konsep wala' ini.  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. dulu pas punya decision kebanyakkannya selari dengan syariah, so tiada masalah nak follow ke wala ke. tapi masalahnye sekarang ni nak kene sokong semburit n berbagai2 lagi benda dalam parti bunga ni larat ke orang pas nak wala'. jangan underestimate pengorbanan akar umbi pas. diorang ni bukannya bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah cakap banyak la, kamu tu rba dapig. Buat bising bila dah xde kuasa. Orang lain nak selamatkan ummah, kamu tu nak selamatkan dapig.

      Padam
    2. engko tu rba yidin nikka gee.

      Padam
    3. Ko suruh la yidin tu letak jawatan, kitorang pun Tak nak dia. Kalu aku, baik aku pilih pemimpin yg baik agamanya.

      Padam
    4. Saya sokong saudara.. Pening juga nak wala dgn pemimpin PAS yg ambik keputusan nak bekerjasama dgn parti atau puak2 yg terkenal dgn rasuah dan ketamakan kuasa ni.. tak salah ke dari sudut syariah? Lepas tu ade plak saudara kita yg tak abis2 nak kaitkan dgn DAP.. kita bagi UMNO memerintah berpuluh2 tahun.. UMNO tu rata2 Islam.. takde plak nampak industri judi... industri arak.. industri pelacuran dibenteras dgn tegas.. makin menjadi2 adalah.. rasuah plak dah jadi darah daging.. lepas tu nak salahkan DAP.. padahal selama Islam yg pegang kuasa patut dah boleh benteras semua ni.. buat masjid besar2 je UMNO ni tau.. tu pun sbb masuk komisen.. dah terang macam tu pun PAS nak bekerjasama lagi dgn UMNO dan Bersatu atas alasan tak lari dari syariah.. mabuk ketum ke ape ni.. lepas tu sanggup pulak bersekongkol ambik alih pemerintahan dgn cara khianat.. kesian akar umbi kene game je dgn pemimpin2 syiah mereka tu.. yg sebetulnya perjuangan PAS ni bukan atas nama Islam tapi atas nama Melayu.. barulah selari dan boleh geng dgn UMNO dan Bersatu.. Islam ditunggang buat kabur mata..

      Padam
    5. Inilah dialog jahat antara RBA dengan RBA untuk memecah-belahkan PN

      Padam
    6. Selain memilih pemimpin yg baik agamanya, aku juga memilih kerajaan dan pemimpin yg kurang mudharatnya pada agama, bangsa dan negara. Tapi klu geng dari dapig dan sekutunya nak dijadikan pemimpin, sorryla jauh panggang dari api.

      Padam
  2. Yg penting jangan ikut cakap batu api...

    BalasPadam
  3. Madey dan botak boi tinggal upah cacai2 rba je dalam sosial media hahaha

    BalasPadam
  4. Ramai lagi puak bodoh Ph dalam ni. Kalau bekerjasam danbersatu tu maka sokong keburukanla? bodoh. PAS konsisten dengan petunjuk Islam. Pilih mudarat lebih kecil.Harapkan PAN nak bela Islam?say sorri,PAN anak butir DAP,sepatah haram tak kata bila Islam jadi sendaan.Perlukah kita sesama Islam bermusuh hingga lubang kubur? Betul UMNO semasa berkuasa dulu banyak silap dan PAS tak bergabung waktu umno ada kuasa.Kena ngaji banyak lagi hal dakwah,persaudaraan dan kemaslahatan. Tak menambah takwa berbaik dengan DAP

    BalasPadam
  5. Ini benda yg mmg bagus. Ini klo kita dlm groupthink kita rasa ini unite. Apa jadi pun kita duk skali. Kawan2 Kelate slalu sebut "Jgn pecah sek kito".

    Klo aku yg seronok bergeng ni kira benda ni unite. Unite & fight. Puak Skinhead pun tau guna motto ni. Dan mmg depa slaing bekap satu sama lain. Asalkan ada pemantau, pengkaji & pemutus decision di peringkat penasihat syariah maka selesai ikut je.

    Btw PAS bukan penasihat syariah (Shariah Advisor). TAPI PAS SHARIAH COMPLIANCE. Beza tu.

    Klo di sektor finance (bank & takaful) faham apa tu shariah advisor vs shariah compliance.

    Advisor - blh bg nasihat je, x semestinya diikuti CEO (presdien)

    Compliance - compulsory to follow accoding to facts given. Hanya ahli boleh duduk dlm committe ni.

    Jika dlm Politik Hanya dlm PAS ada committe ni & gunakan komsep ini

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.