Header Ads

Header ADS

Parti Syed Saddiq tidak akan berjaya, kata Mahathir


Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mendakwa langkah anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda, tidak akan berjaya.

Menurut bekas perdana menteri itu, model yang dibawa Syed Saddiq itu tidak sesuai.

“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru.

“Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.

“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

MR :    Semua orang baginya tak betul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kalau orang ikut rentak watak2 ni kepala akan pusing menjadi gila.

    BalasPadam
  2. padahal... mahathir yg ajar syed pagar ni .... entah-entah, atok la yg bagi idea suruh bukak lagi satu parti berasaskan melayu sebagai backup kalau parti dia tonggek lepas ni..

    BalasPadam
  3. Tak abis2 lagi bersandiwara orang tua ni.. ramai yg sudah dapat membaca tindakan Saddiq adalah rancangan bersepadu dgn Mahathir.. Saddiq dijadikan boneka.. Mahathir tahu hanya orang tua2 sahaja yg mungkin bersamanya.. kebanyakan golongan muda melayu intelektual dan pertengahan masih bersama PKR dan Amanah.. dgn adanya parti Saddiq maka diharapkan golongan2 muda ini akan berpaling seterusnya meninggalkan PKR.. ini akan membantu memastikan PKR lemah dan perjuangan Anwar benar2 berkubur.. atau sekurang2nya berharap agar Anwar dtg merayu dan melutut kepadanya.. dendamnya pada Anwar dibawa hingga mati dan itulah agenda utama hari2 terakhirnya sekarang.. dia sudah tiada niat lagi berpolitik dan berkuasa tapi sekadar hadir utk 'membunuh' Anwar Ibrahim.. sbb itulah kini semua tindakannya bersama kroni secara halus disasarkan pada PKR dan Anwar Ibrahim...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.