Header Ads

ads header

Flash News

Sidang Dewan Negara bermula hari ini


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-3 Parlimen Ke-14 Dewan Negara akan bersidang hari ini hingga 23 September depan dengan hari pertama tertumpu kepada pelantikan speaker Dewan Negara ke-18.

Pelantikan itu bagi menggantikan SA Vigneswaran  yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu dan sekiranya terdapat lebih 1 nama dikemukakan, pemilihan akan diadakan.

Upacara yang berlangsung di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen itu akan disusuli dengan speaker Dewan Negara yang baru mengangkat sumpah jawatan.

Turut dijadualkan berlangsung hari ini adalah majlis angkat sumpah 4 ahli Dewan Negara baru iaitu Mohamad Apandi Mohamad, lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan,  S Vell Paari (lantikan Yang di-Pertuan Agong), serta Ahmad Yahaya dan Othman Aziz (lantikan DUN Kedah).

Selaras dengan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa, persidangan kali ini juga akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Persidangan juga akan membahaskan 10 rang undang-undang (RUU) yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

Ia termasuk 3 RUU berkaitan pandemik Covid-19, iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020; Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020 dan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020.

#Sumber :  bernama  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan