Header Ads

Header ADS

Beri JPN, PPD, sekolah kuasa tutup sekolah jika ada kes Covid-19 cadang NUTP


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap kuasa untuk membuat pertimbangan di luar kebiasaan seperti menutup sesi persekolahan secara fizikal diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terdapat kes Covid-19 yang melibatkan murid atau guru.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pertimbangan sama juga harus diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbiran sekolah sendiri supaya tindakan pantas dapat diputuskan yang membabitkan penutupan operasi institusi itu.

Beliau berkata walaupun arahan penutupan sesebuah sekolah akibat Covid-19 dibuat atas saranan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan namun JPN, PPD dan sekolah itu sendiri lebih maklum situasi sebenar termasuk keseriusan institusi tersebut berdepan ancaman Covid-19.

"Sebelum ini kita selalu mengambil pendekatan tunggu dan lihat yang kebiasaannya lambat untuk membuat keputusan sedangkan kita harus tahu menguruskan murid di sekolah ini tidak sama dengan orang dewasa, jadi tindakan pantas harus dilaksanakan.

"Apatah lagi jika keadaan itu sudah jelas menampakkan ketidakselesaan dalam kalangan murid dan juga guru maka keputusan segera harus dibuat, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Model Persekolahan Penjarakan Fizikal dan Model Pedagogi Penjarakan Fizikal Pandemik Covid-19 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai 100 murid di Ampang yang diarahkan menjalani ujian swab Covid-19 di klinik kesihatan selepas seorang guru disahkan positif pandemik itu.

Bagaimanapun, difahamkan sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa kerana tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan JPN.

Ditanya sama ada aktiviti sukan dan kokurikulum perlu dihentikan buat sementara waktu susulan terdapat kes Covid-19 di sekolah, beliau berkata pihak institusi itu sepatutnya diberikan kelonggaran untuk tidak meneruskan aktiviti tersebut jika berdepan risiko jangkitan tanpa dikenakan tindakan.

Aminuddin berkata NUTP dimaklumkan terdapat aduan daripada pihak sekolah yang diarah mengemukakan surat tunjuk sebab berikutan kegagalan menganjurkan aktiviti itu selaras dengan garis panduan pelaksanaaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang dikeluarkan KPM sebelum ini.

"Walaupun ia kes terpencil namun pihak sekolah seharusnya ada pilihan, jika didapati berisiko boleh untuk tidak membuat aktiviti itu… kitapun faham aktiviti ini penting juga untuk menarik kedatangan murid ke sekolah, " katanya.

- Bernama

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.