Header Ads

Header ADS

Menangis baru tahu ibu sudah empat tahun meninggal


PUTRAJAYA -
Bekas pegawai keselamatan yang terlepas hukuman mati kerana membunuh seorang remaja menangis di Mahkamah Persekutuan di sini apabila baru hari ini mengetahui ibunya telah meninggal dunia sejak empat tahun lepas.

M Thinagaran, 33, hanya mengetahui ibunya telah meninggal dunia hari ini apabila peguamnya, T Vijayandren memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama-sama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Terdahulu, Thinagaran selaku perayu, merayu atas sabitan dan hukuman mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki berumur 17 tahun pada 9.30 malam, 16 Mac 2011 di sebuah rumah di Taman Puchong Indah, Puchong.

Pada awalnya, Thinagaran didakwa atas tuduhan membunuh, namun di akhir kes pendakwaan, pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadapnya dipinda kepada membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304(b) dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan pindaan itu.

Bagaimanapun, dia diperintah untuk membela diri atas pertuduhan membunuh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Di akhir kes pembelaan, Thinagaran disabitkan dengan kesalahan membunuh remaja terbabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Dia merayu ke Mahkamah Rayuan dan mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan akhirnya dan meminda pertuduhan Seksyen 302 yang dihadapinya kepada membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304(a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Thinagaran dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa dia ingin menjaga ibunya dan Mohd Zawawi kemudiannya bertanya berapa umur ibunya.

"Emak saya berumur 56 tahun, Yang Arif," ujarnya.

Mendengar jawapan anak guamnya, Vijayandren bangun dan memaklumkan bahawa ibu perayu telah meninggal dunia.

"Dengan izin Yang Arif-Yang Arif, ibu perayu telah meninggal dunia pada 2016. Perayu langsung tidak tahu mengenai perkara ini kerana tidak dimaklumkan oleh ahli keluarganya," ujar peguam itu.

Mendengar perkara tersebut, Thinagaran mula menangis teresak-esak dan Mohd Zawawi berkata: “Saya bersimpati mendengarnya”.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Thinagaran dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Mac 2011.

Selepas prosiding, kelihatan ahli keluarga berjumpa dengan perayu dan mereka menjelaskan sesuatu kepadanya.

Vijayandren memberitahu media bahawa ahli keluarga perayu tidak memberitahu perayu ibunya telah meninggal dunia kerana khuatir dia tidak dapat menerima hakikat kerana dia rapat dengan ibu.

#Sumber :  - Bernama  

MR :   Apabila keluarga tiada silaturahim


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Florencia awak dah jadi jutawan ke belum hahahaaaa

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.