Header Ads

Header ADS

Jangan Sombong Tolak PAS, Tanpa Undi PAS, GRS Mungkin Gagal Tawan Sabah?

Seperti yang diramalkan kekuatan GRS dan Warisan Plus adalah seimbang. Oleh itu kemenangan seseorang calon bergantung kepada faktor penambah yang mempengaruhi kepada sokongan tersebut.

Misalnya di beberapa DUN, jika kita lihat jumlah undi yang diperolehi PAS pada PRU-14 (2018), ianya di sekitar 300 – 1600 undi, amat signifikan membantu kemenangan calon UMNO dan Bersatu walaupun dalam jumlah yang kecil.

Pada 2018 PAS bertanding secara solo tanpa sebarang rakan sekutu, secara purata memperolehi undi popular sekitar 7-8%.

Selepas PRU-14 PAS Sabah mengalami peningkatan keahlian baru yang menggalakkan sudah pasti berlakunya pertambahan undi PAS yang akan menyumbang undi kepada UMNO dan Bersatu.

Ternyata faktor undi PAS telah menyelamatkan sekurang-kurangnya di 5 DUN daripada jatuh ditangan parti Warisan dan sekiranya 5 DUN ini gagal dimenangi maka impian Hajiji Noor, Bung Mokhtar Radin, Dr Jeffry Kitingan atau Dr Maximus Ongkili kembali mengambil tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah tidak mungkin menjadi kenyataan.

Baca tulisan penuh : https://kicaiping.blogspot.com/.../tanpa-undi-pas-grs...
Disunting dari Mustaman Mustain https://www.facebook.com/1350235146/posts/10223781834837741/

Sahimin Mustapah
(Pemerhati Politik Sabah)


MR :  Ini kadang kala mereka tak nampak kepentingan MN dan sikap mengalah PAS  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Inilah masalah bila tak cerdik pasal politik dan pentadbiran tapi nak cakap dia membantu kemenangan dan minta jawatan.. kita tak nafikan pas membantu kemenangan disesetengah kerusi.. tapi bila dicadangkan supaya PAS diberi jawatan penting dalam pentadbiran sape nak sokong.. sape nak bantu dalam keje2 dia nanti.. BN takkan bantu sbb jumlah undi dia minoriti je.. penyokong BN pun malas nak bantu.. BN dapat undi tinggi PAS plak dapat jawatan.. haha.. pelik tu.. nak jawatan usaha sendirilah.. tunjukkan cukup sokongan barulah senang dapat jawatan dan senang nak laksanakan tugas.. ni yg PH kene dulu.. dalam agensi kementerian kerajaan rata2 penyokong UMNO dan Melayu.. tiba2 menteri kementerian dia dari DAP dan PKR.. tu yg sabotaj je keje melayu2 yg keje kerajaan ni.. akhirnya seolah2 nampak menteri tak buat keje padahal melayu2 dalam ni yg tak membantu menteri2 ni laksanakan tugas dgn amanah.. kalau PAS nak juga jawatan kat Sabah bersedialah akan kene macam ni jugak..

    BalasPadam
  2. Perasan. Analisis pun salah.

    Pada PRU yang lepas, PAS hanya mendapat 11,241 undi @ 1.0% daripada keseluruhan 1,117,337 pengundi yang membuang undi.

    1.0% sahaja!!! Sangat tidak signifikan!

    Manakala undian yang diperoleh PAS pada PRU14 adalah diantara 129 hingga 1506 undi sahaja.

    Peratusan undi popular pula adalah antara 0.7 % dan 6.6% sahaja.

    BalasPadam
  3. Malas jg nak komen tp d sabah PAS dr dlu mmg x popular gais..nk btanding pun undi x smpi 300..

    BalasPadam
  4. Jangan bangga diri PAS, nama sahje parti Islam tapi perangai serupa kapal selam...

    BalasPadam
  5. Undi sikit ke, tak de sokongan ke, PAS tak kisah pun. Tapi sekurang2nya, PAS ada negeri yg diperintah sendiri tanpa perlu sokongan parti lain. Parti PAS pun diperlukan oleh parti lain utk tubuh kerajaan negeri. Parti kau semua, apa yg ada? Putih biji mata, adalah. Tak dpt memerintah, tahu menyalak aje.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.